Khamis, 31 Disember 2009

rehlah maqamat










Baru2 ini unit rehlah telah membuat rehlah ke makam keluarga2 nabi Muhammad s.a.w dan makam syeikh2 yang ada di mesir ini..hampir 15 makam dan masjid yang telah kami lawati..rehlah ini telah diikuti oleh 5 pelajar banat dan hampir 15 pelajar banin..rehlah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada waktu maghrib.rehlah ini telah diketuai oleh hafiq  dan dibantu oleh suhaidi,fahmi,ridwan dan ramai lagi..semoga kita semua akan akan tetap tergolong diantara orang2 yang diredhai oleh ALLAH.amin

Coretan Seorang Hamba




Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir

                                     Aku tadah tanganku                                               
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,

Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
                                       Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

Rabu, 30 Disember 2009

RUMAH BARU





Walaupun belum 100% rumah kami siap,kami sudah pun pindahkan hampir 80% barang2 kami.Akhirnya kami akan dapat duduk di rumah kami sendiri setelah hampir 6 hari menumpang di rumah abg Asli dan abg2 yang lain.Terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu kami semenjak kami mula pindah ke Tanta.Sedikit sebanyak kami sudah pun tahu akan selok belok di sini atas jasa abang2 yang tinggal sini.Terima kasih semua.Semoga ALLAH membalas jasa kalian.AMIN.

Selasa, 29 Disember 2009

Sabar + usaha + tawakkal







Sudah 5 hari pergi kuliah,tapi nama kami berlima(rais,azlan,sidik,rifai dan omar) belum lagi naik di Universiti Azhar Tanta.Teman2 di Kaherah dan di Tanta sudah pun naik.Nama kami sahaja yang belum naik.Mungkin ini disebabkan kerana kami minta ditahwilkan(dipindahkan) ke sini.
Ustaz Sabli(pegawai sabah di mesir) sudah pun kami hubungi dan dia suruh kami tunggu sahaja kerana nama kami dalam proses untuk dipindahkan kesini.sedikit risau terbitkan di hati kami.kerana ketika kami meminta ditahwilkan ke Tanta(sebulan yang lalu) ,Ustaz Sabli ada memberitahu kami tentang risikonya kalau kami minta untuk ditahwilkan ke sini.salah satunya,kalau nama kami tidak naik tahun ini mungkin tahun depan baru naik.maksudnya,tahun depan bru kami dapat naik tahun 1.Walaubagaimanapun,setelah bebincang antara kami berlima,akhirnya kami mengambil keputusan untuk belajar di Universiti Azhar Tanta.Bukan kerana apa,tapi kerana ingin belajar2 untuk tinggal di kampung(tempat tinggal kami adalah kawasan kampung)
Walaupun nama kami belum naik lagi,kami tetap buat persedian untuk peperiksaan yang akan tiba 3 minggu lagi.Mungkin semua ini ada hikmah disebaliknya.Wahai para perantau ilmu,doakan semoga ALLAH s.w.t akan memberikan kita yang terbaik di bumi anbiyah ini.AMIN.

Ahad, 27 Disember 2009

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

SEJUK + KABUS




Lepas isyak,kami bersiap2 untuk turun ke pekan Tanta(kalau di malaysia,boleh dikatakan bandar).Ditemani oleh abang ca ie dan seorang lagi abang(teman abang ca ie),kami bergerak ke pekan Tanta.Turun sahaja dari flat,kelihatan persekitaran sekeliling di penuhi kabus.Cuaca sangat sejuk berbanding di Kaherah.ketika berjalan,rumah2 disekeliling tidak kelihatan seolah kita berada di dunia kita sendiri.kabus yang tebal menambahkan lagi kehangatan sejuk.menyesal tidak pakai baju2 tebal.hehehe.sampai sahaja di pekan,kami terus ke kedai yang menjual karpet(permaidani).hampir sejam,barulah kami keluar dari kedai itu dengan membawa 2 permaidani.1 khas untuk ruang tamu dan 1 lagi untuk bilik Rais dan Azlan.sebelum pulang,kami sempat ke kedai aksesori komputer.Pulang ke rumah seperti biasa,menaiki trenco(bas besar) yang dipenuhi penumpang.besempit2 perkara biasa ketiaka menaiki trenco.walaubagaimanapun,sejuk ditambah lagi dengan sejuk tetap seperti ketika baru keluar dari rumah.sejuk2 "TAHAP DEWA".hehehe

Sabtu, 26 Disember 2009

imbasan ketika baru sampi di MESIR






Teringat seketika saat baru sampai di bumi anbiyah ini.seperti baru terlihat satu benda yang asing.bumi mesir!!.siapa yang tidak kenal dengan negara ini.1 dunia kenal.tapi tidak semua pernah sampai di bumi yang anbiyah ini.2009 menjadi saksi apabila pada tahun ini adalah tahun yang terbanyak sekali pelajar dari sabah datang kesini.bermula dari lapangan terbang MAS kota kinabalu hingga smpai ke lapangan terbang EGYPT,banyak andaian tentang negara ini oleh kebanyakkan pelajar baru yang menuntut ilmu di sini.sampi sahaja di airpot,suasananya sangat berbeza dengan malaysia.suasana yang sangat sibuk dengan bunyi hon.pelajar2 lama di sini telah memberi sedikit maklumat ketika kami dalam perjalanan ke RUMAH SABAH.'siapa yang buka kedai hon dan brek di mesir ni,konfom cepat kaya',teringat kata2 seorang pelajar lama itu.rupanya di negara ini,pemandu2 tidak kira kereta atau motosikal sangat menekankan brek dan hon disebabkan mereka di sini terlalu ramai.memang suasana di negara ini jauh berbeza dengan malaysia.sampai sahaja di rumah sabah,kami di layan dengan sangat baik oleh pelajar2 lama di sini.banyak program yg telah dibuat oleh mereka untuk kami seperti SMS(orientasi untuk pelajar2 baru),rehlah di sekitar mesir dan banyak lagi.di sinilah bermulanya kehidupan baru bagi pelajar2 baru.kami sangat besyukur kerana kami terpilih untuk menjadi 'PERANTAU ILMU" di sini.doakan untuk kami semua.SËTÏÄP TÄHÜÑ,KÄMÏ BÄÏK2 SÄHÄJA.

KENDURI UNTUK RUMAH BARU













hari ini hari ke3 kami tinggal di tanta..disebabkan rumah yang akan kami duduki tengah diubah suai,kami tinggal untuk sementara waktu di rumah abg asli(senior kami)..malam ini juga kami telah mengadakan kenduri untuk rumah baru kami..kami telah menjemput semua rakan2 yang tinggal satu bangunan dengan kami..malam ini,rifai dan rais(teman serumah) telah menghidangkan BAKSO untuk kami semua..sedappp,seolah-olah berada di sabah..terubat sikit rasa rndu dengan kampung halaman..

Khamis, 24 Disember 2009





ketika peperiksaan STAM telah selesai,kami menghabiskan peluang untuk beraya di rumah2 cikgu2 kami dan rakan2 kami....

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."