Tahun pertama berada di Mesir,kali pertama juga melihat suasana Bazar Sabah di bumi anbiyah ini yang bermula pada 18.02.2010 dan berakhir pada 20.02.2010.Sahabat2 seperjuangan memaklumkan bahawa pada tahun ini adalah penyertaan pertama pelajar2 banin(lelaki) dalam bidang masakan dan pada tahun ini juga,bazar Sabah di buat secara besar2an.Kalau anda berada di sini,anda pasti tidak akan percaya berada di bumi Mesir.Kerana apa?.Kerana suasana bazar yang tidak jauh berbeza dengan suasana di sabah.Nasi Goreng Aramaiti,Bakso Priya Cairo,Nasi Goreng Hujan Panas,dan Nasi Ayam adalah antara makanan yang ada di sini.Tukang masaknya adalah tukang masak yang sudah baiasa dengan masakan,antaranya ialah saudara abang Johari,Mohd Rais,Mohd Rifa'i dan ramai lagi.Air sirap,sirap bandung,vanila milk shake,abc,cendol adalah antaranya minuman yang ada di bazar ini yang mana pembuat2 minuman ini adalah antara pelajar2 yang memang profesional dalam membuat air minuman iaitu,saudara Mohd Tirmidzi@jawa,Mohd Fikri@moja,Ahmad Muhajjan@amat dan mohd Fahmi@fem.
Suasana tolong-menolong sesama pelajar Sabah memang jelas tergambar di sini.Semua AJK2 bazar kelihatan bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan yang amat memuaskan kepada semua pelanggan yang datang tidak kira dari Semananjung Malaysia,Sarawak dan Indonesia.Saya mewakili sahabat2 yang lain memohon seribu kemaafan kepada semua pelanggan2 jika terdapat kecacatan ataupun layanan yang kurang memuaskan daripada pihak kami.Semoga ALLAH s.w.t memberikan kita kesempatan untuk berjumpa lagi pada bazar tahun depan.Syukran jazilan kepada pelanggan2 yang datang dan juga kepada sahabat2 yang menjayakan bazar Sabah ini.Semoga ukhuwah antara kita semua tetap akan utuh.Amin ya ALLAH.
Dalam melayari bahtera harapan, Aku terdampar di tengah lautan, Ku cuba mencari arah pulang, Semakin jauh perjalanan, Semakin hampir ke hujung perhentian.
Ahad, 21 Februari 2010
Pameran buku (MAARAD @ MAARID KUTUB)
Maarad kutub (pameran buku di Mesir pada tahun ini telah diadakan di Salasalim,Madinas (di Kaherah @ Cairo Mesir) pada hujung bulan 1 dan berakhir pada pertengahan bulan 2.Pertama kali merasa suasana pesta buku secara besar2an.Dianggarkan ribuan manusia tidak kira pencinta2 ilmu ataupun yang yang datang sekadar untuk bergembira datang ke pesta buku ini.Banyak buku2 yang boleh didapati di sini,tidak kira cetakannya dalam tulisan English,Arab,Francis hatta dalam tulisan jawi sekalipun.Saya terkejut apabila antara banyak2 buku yang di jual di sini,saya terlihat buku yang menceritakan tentang tokoh negara kita iaitu Dato Doktor Mahathir M.Lagi membanggakan saya apabila buku tersebut di cetak dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan english dan mengandungi hampir 10 jilid bagi setiap cetakan.Semoga tahun depan dapat bertemu lagi dengan pameran ini.
Sabtu, 6 Februari 2010
Hari Jadi Lagi
Hari ini,seorang lagi teman seperjuangan kami menyambut hari jadi.Mohd Rais bin serubih ialah seorang pelajar dari SMA Toh Puan Hajjah Rahmah,kemudian melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kaherah di Mesir.Beliau menyambut hari jadinya pada 6.02.2009.Seperti biasa,kami sebagai teman2 seperjuangannya telah membuat sedikit kejutannya terhadapnya.Tradisi seperti di asrama dulu tetap terjadi terhadapnya ketika kami menyambut hari jadinya.Tepat pukul 11.20 pm,kami memanggilnya ke bilik dan menyambut hari jadinya.Ada beberapa acara yang mencuit hati kami ketika menyambut hari jadinya.semoga ALLAH memberkatimu wahai temanku.Sanah helwa ya shodiki .
Jumaat, 5 Februari 2010
Jalan2 Di Tanta
Selepas sahaja habis peperiksaan semester satu ini,saya bersama2 kawan saya meluangkan masa sedikit untuk balik ke Tanta.Kami pergi kesana bersama2 sahabat2 kami yang lain.Tujuan kami ke sana adalah untuk jalan2 ataupun makan angin di sekitar Tanta.Sampai sahaja kami di imarah kami,terus sahaja kami MENGATUR(memasak).Banyak aktiviti kami di sana.Selain makan dan minum,kami juga mengambil peluang untuk jalan2 di pekan Tanta.Kenangan yang paling tidak dapat kami lupakan ketika bejalan2 di sekitar Tanta ialah ketika kami menaiki bas ke pekan Tanta.Keadaan dalam basnya ialah seperti ikan SARDIN.Sempit yang teramat sempit,sehinggakan ada yang bergaduh.Akhirnya kami turun sebelum sampai ke tempat destinasi kami kerana tidak tahan dengan keaadan dalam bas itu.Pada waktu malam pula kami mengadakan prtandingan game PES 2010 yang dimenangi oleh Moja dan Siddik.
Rabu, 3 Februari 2010
Peristiwa ketika PEPERIKSAAN
Assalamualaikumsemua.Lama tak jumpa..Hehehe.Apa khabar semua?.Semoga semuanya sihat2 belaka.Amin ya ALLAH.Hari ini saya mahu ceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku ketika peperiksaan semester ini.Yang pertama sekali ialah,ketika hari pertama menduduki peperiksaan di Mesir.Keadaan suasana yang amat berbeza sekali dengan peperiksaa di Malaysia.Saya bersama2 sahabat2 yang lambat mendaftar untuk peperiksaan semester pertama(atas sebab2 yang tertentu),terpaksa duduk di luar dewan peperiksaan atas sebab bilangan pelajar yang terlalu ramai.Keadaan yang amat sejuk dan habuk yang berterbangan,menyebabkan kami sedikit kurang selesa untuk menjawab soalan.Walauapapun,semoga kita najah semua.Amin ya ROB. Peristiwa yang kedua ialah,suasana masjid Al-azhar yang hampir penuh setiap kali sebelum peperiksaan bermula.Di sinilah kita akan melihat hampir semua pelajar2 dari negara berbeza menghafal,membaca dan berbincang.Suasana yang akan menyebabkan kita akan bersemangat untuk menuntut ilmu.Peristiwa yang ketiga ialah,kami menyambut hari jadi sahabat kami iaitu Muhammad Nazrul Bin Mahmud.Suasana sambutan hari jadi beliau tidak jauh berbeza dengan tradisi menyambut hari jadi di asrama dulu(asrama SMA Toh Puan Hajjah Rahmah).hehehehehe.Sanah helwa ya shodiki.
Langgan:
Catatan (Atom)