Bulan syawal yang mulia masih lagi belum melabuhkan tirainya.Sambutan hari raya aidilfitri di Rumah Sabah sudah lama berlalu dan suasananya semakin menghilang,untuk menyerikan lagi hari raya aidilfitri bagi pelajar2 Sabahan di Bumi Anbiya ini,kami pelajar2 yang menetap di perkampungan Dweah telah bersepakat untuk mengadakn rumah terbuka khas untuk pelajar2 Sabahan.Walupun begitu kami tetap menjemput sahabat2 dari negeri yang lain.. Sambutan ini dibuat melalui persepakatan 4 buah rumah iaitu rumah Ustaz Babar,Abang Aziz serta ahli rumahnya,Doktor Aman dan rumah kami sendiri.Rumah terbuka untuk banat telah diadakan di rumah Ustaz Babar,manakala untuk banin pula di rumah kami sendiri.Rumah terbuka ini telah diadakan bermula selepas solat jumaat iaitu sekitar pukul 2.00 petang dan barakhir pada tengah malamnya.Jutaan terima kasih atas kesudiaan sahabat dan sahabiah yang sudi datang ke perkampungan kami di Mesir ini.Mohon kemaafan andai ada silap dan salah kami ketika rumah terbuka ini.Semoga ukhuwah antara kita semua tetap teguh terjalin.Amin ya ALLAH.
Dalam melayari bahtera harapan, Aku terdampar di tengah lautan, Ku cuba mencari arah pulang, Semakin jauh perjalanan, Semakin hampir ke hujung perhentian.
Sabtu, 25 September 2010
Rabu, 15 September 2010
WARNA-WARNI HARI RAYA AIDILFITRI
Ketika takbir bergema syahdu menandakan berakhirnya rmadhan dan datang syawal,pelajar Sabahan di Mesir juga menyambut hari raya seperti tahun2 yang sudah.Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di perantauan.Walaupun suasana sambutannya tidaklah semeriah di Malaysia,namun sambutan hari raya di sini tetap meriah dengan program2 hari raya yang telah diadakan oleh BKPSM.
Dalam kesempatan ini saya memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa,ada terjentik siapa2 ka,atau ada tercopy mana2 risalah ka,atau apa2 la yang membuat hati insan lain tersinggung atau sakit ka.....selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Isnin, 6 September 2010
Cintaku Pada Ramadhan
www.iluvislam.com
Oleh: Aftiey
Editor: salma ahsanan
Wahai hatiku,
Ramadhan sudah menjelang...
Di fikiran jelas terbayang,
Akan keseronokan menyambut Ramadhan...
Wahai Ramadhan,
Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...
Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...
Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...
Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..
Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..
Oleh: Aftiey
Editor: salma ahsanan
Wahai hatiku,
Ramadhan sudah menjelang...
Di fikiran jelas terbayang,
Akan keseronokan menyambut Ramadhan...
Wahai Ramadhan,
Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...
Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...
Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...
Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..
Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..
Langgan:
Catatan (Atom)