Isnin, 26 Julai 2010

HARI KELUARGA (hari ketiga)

24 JULAI 2010 (sabtu)

   Hari ini ialah hari terakhir sambutan Hari Keluarga BKPSM.Walaupun begitu suasananya tetap meriah seperti hari2 sebelumnya.Acara sukaneka berlangsung pada waktu petang yang diadakan bersebelahan Rumah Sabah.Antara acara2 yang dipertandingkan ialah berjalan di atas bata dan memakan buah tembikai,mencari gula2 dalam tepung menggunakan mulut dan sebagainya.Program sukaneka ini agak kelakar sedikit dengan gelagat2 para peserta.Acara ini dimenangi oleh kumpulan 3 (kumpulan saya.hehehe).
Acara bersambung selepas solat maghrib dengan acara Penutupan Dan Perasmian Hari Keluarga BKPSM.Acara bermula dengan ucapan dari Pengarah Program oleh Ustaz Helmi Andrian Hasan @ riyan dan ucapan perasmian dari Pegawai Wisma Yayasan Sabah oleh Tuan Sabli Bin Aliju.Acara kemudian bersambung dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan majlis diakhiri dengan persembahan nasyid.
    Sesungguhnya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar sabah di Mesir dengan lebih erat lagi.Semoga program2 seperti ini akan diteruskan lagi agar dapat memupuk selaut mahabbah antara pelajar2 tidak kira tua dan muda.Semoga ukhuwah akan terus terjalin antara kita semua kerana ukhuwah itu adalah semanis madu yang dapat menghilang pahit perjuangan kita.INALLAHA MA'NA.

Ahad, 25 Julai 2010

HARI KELUARGA (hari kedua)

23 JULAI 2010 (jumaat)

     Hari ini,program sempena Hari Keluarga diteruskan lagi.Acara sukan tidak diadakan pada hari ini,walaupun begitu program berbentuk ilmiah diadakan pada hari ini.Pembentangan Kertas kerja mengenai kesihatan dibuat pada waktu petang.Pembentangan ini dibuat secara 2 sesi yang dibentangkan oleh Pelajar Perubatan Sabah yang juga belajar di bumi Anbiya' ini.Sesi pertama terbuka kepada mahasiswi sahaja yang bermula seawal pukul 1.00 petang.Antara tajuk2 pembentangan kertas kerjanya ialah "Permasalahan Haid,Nifas dan Keputihan" dan "Kepentingan & Khasiat Susu Ibu".
   Sesi kedua pula terbuka kepada mahasiswa/wi yang bermula selepas solat maghrib.Pelajar yang membentangkan kertas kerja ini ialah seorang pelajar Perubatan dari Sabah yang juga belajar di Mesir dan sekarang berada di tahun 5.Antara tajuk2 pembentangan kertas kerjanya ialah "Khunsa","mati pucuk" dan "kepentingan berkhatan dari sudut kesihatan".Program pada hari ini berakhir seawal pukul 11.00 malam.

Sabtu, 24 Julai 2010

HARI KELUARGA (hari pertama)

22 JULAI 2010 (khamis)

   Kali pertama merasai suasana Hari Keluarga di Mesir yang telah dianjurkan oleh BKPSM.Majlis ini diadakan selama 3 hari berturut2,bermula pada 22 hingga 24 julai.Banyak acara yang diadakan sempena hari keluarga ini yang dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar Sabah di bumi Anbiya ini.Tema pada tahun ini ialah "SELAUT MAHABBAH,SEINDAH UKHUWAH".
   Pada hari yang pertama,antara acara yang diadakan ialah acara futsal bagi pelajar banin dan bola jaring bagi pelajar banat.Acara ini bermula seawal 8 pagi.manakala pada waktu petang pula,acara bowling bermula yang diadakan di IBC,Solah Salem.Acara di tangguhkan untuk hari ini sebaik sahaja pertandingan bowling berakhir.

Rabu, 14 Julai 2010

Isra' dan Mi'raj


"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')
Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya.
Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam
masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang  dahulu, perrjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan  tidak dapat diterima oleh akal mereka.
Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai
ataupun unta yang boleh melakukankannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara dan kenderaan lain yang laju.
Oleh karena itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk menjatuhkan nama
baik Nabi Muhammad s.a.w. dengan menuduh Nabi s.a.w. seorang pendusta dan
berbagai tuduhan keji lainnya.
Mereka yang beriman dapat menerimanya karena ia merupakan salah satu
tanda dari kekuasaan Allah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada
Rasul-rasulnya yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan
tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata diwaktu bayi, dapat
menyembuhkan orang yang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati
dan sebagainya.
Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun. Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah s.w.t.yang telah diberikan kepada para Rasul yang disebutkan dengan mu'jizat dan kepada hambanya yang solih disebutkan
sebagai karamah.
Dalam perjalanannya,  Nabi s.a.w. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk ummat manusia. Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya. Meskipun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menamban beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.
Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaaan
yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satupun pekerjaan yang
dapat ditunaikan dengan baik.Tetapi masih juga menerima tugas baru.
Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan
baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya
populer, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan
dengan baik.
Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan masyarakat dan negara. Kepada yang seorang memikul banyak sekali tugas dan yang lainya menganggur.
Kepada Rasulallah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.
Kepada Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan orang lelaki yang suka memakan makanan yang telah tercemar, telah busuk, sedangkan disampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang bersih dan masih baik ini tidak dijamahnya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang suka berzina. Isterinya sendiri tidak diperdulikan, yang menjadi kesukaannya ialah perempuan pelacur, sehingga akhirnya dia mendapat berbagai penyakit kelamin, penyakit AIDS dan sebagainya sehingga menghancurkan kehidupannya malah keluarganya juga turut terkorban, akibat perbuatan kejinya itu.
Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang ditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.
Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.
Tidak ada alasan bagi siapapun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), kita pingsan, tak sadar diri ataupun lainnya.
Sebelum menunaikan solat kita mesti terlebih dahulu membersihkan diri kita daripada  najis dan  mengambil air sembahyang. Tempat kita bersujud perlu juga
bersih. Ketika mendirikan solat kita hanya menumpukan seluruh perhatian
kita hanya kepada Allah s.w.t.
Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya Allah akan menyehatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat. Insya Allah jika kita rajin menunaikan ibadah solat denga teratur  dan rapi akan membentuk
peribadi yang sehat rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w.
Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.         ( Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas  )                        

Isnin, 5 Julai 2010

Kematian Suatu Kepastian www.iluvislam.com Oleh: safiyyah_hatim Editor: Isyrak

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini. Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman.



Sahabat-sahabatku,

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kita perlu berbicara tentang kematian? Sedangkan kita masih muda, perjalanan kita masih jauh. Kita hampir terlupa tentang hakikat sebuah kematian yang terus mengejar kita. Kematian itu PASTI. Tiada siapa dapat mengelak atau melambatkannya walaupun hanya beberapa detik. Malaikat Izrael tidak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Hatta, setiap makhluk di muka bumi ini ada janji kematian tersandar ke atasnya. Marilah kita sama-sama merenungi firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 34 dan 35 yang bermaksud :

“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Jelaslah pada kita bahawa kehidupan manusia bukan abadi, kematian pasti akan dirasakan bagi setiap yang bernyawa, dan bagi yang tinggal ia adalah ujian untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabatku,

Apakah kepentingan untuk kita mengingati kematian?

1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.

2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?

3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.

4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.

5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.

Sahabat-sahabat sekalian,

Suka untuk saya mengingatkan diri agar bersedia menghadapi kematian dan berdepan dengan kematian orang sekeliling. Memang mudah untuk menasihatkan orang lain supaya bersabar menghadapi kematian, namun hakikatnya payah untuk merelakan permergian orang tersayang. Jadi marilah sama-sama kita pasakkan dalam diri bahawa kematian itu pasti. Ia menjadi misteri yang hanya Allah yang tahu, namun kita sudah diberi peringatan dan jalan untuk menghadapinya, iaitu dengan melakukan amal soleh secara berterusan. Marilah kita tanamkan keazaman untuk berubah dari hari ke hari ke arah kebaikan. InsyaAllah moga jalan kita diluruskan Allah dan kekal dalam kasih-sayang-Nya.

Wallahua'lam

wahai diri..ingati mati! Mati itu pasti!