Isnin, 28 Februari 2011

kisah lucu


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi bertapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu/berchatting dgn kawan-kawan / pakwe / makwe.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk nonton bola atau konsert,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?
............Tepuk dada, tanyalah hati & imann........

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS 33:47)

Selasa, 22 Februari 2011

BERITA TERBARU TENTANG UNIVERSITI2 DI MESIR

KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGAJIAN TINGGI YB DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN PENDAFTARAN PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA (21 FEBRUARI 2011)




21/02/2011



1. Menteri Pengajian Tinggi Mesir telah mengumumkan melalui media rasmi di Mesir bahawa tarikh penangguhan pembukaan universiti-universiti dan sekolah adalah sehingga 24 Februari 2011.



2. Berikut adalah tarikh-tarikh bermulanya sesi akademik di universiti-universiti berkenaan sebagaimana yang telah mereka maklumkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sehingga 21 Februari 2011.



Universiti Tarikh Sesi Akademik

Al-Azhar 26 Feb. 2011

Cairo 26 Feb. 2011

Ain Shams 5 Mac 2011

Iskandariah 5 Mac 2011

Mansurah 8 Mac 2011

Tanta 8 Mac 2011

Zagazig 1 Mac 2011

Data dikemaskini sehingga 21 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.



3. Wakil KPT bersama penaja dan kedutaan telah pun berada di Mesir untuk berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir dan universiti-universiti berkenaan. Proses rundingan ini sedang berjalan iaitu Universiti Cairo (21 Februari), Universiti Mansurah dan Zazazig (22 Februari), Universiti Tanta (23 Februari) dan Universiti Al-Azhar dan Ain Shams (24 Februari) dan dijangka akan selesai pada akhir Februari 2011. Setakat ini, rundingan telah dilakukan dengan pihak Universiti Iskandariah mengenai tarikh mula kuliah bagi pelajar-pelajar Malaysia dan hasilnya adalah seperti berikut :-



Kursus Tahun Mula Kuliah

Perubatan (klinikal) Empat dan Lima 19 Mac 2011

Perubatan Satu,Dua dan Tiga 26 Mac 2011

Tarikh peperiksaan dijadualkan pada 30 April 2011

Pergigian Satu dan Dua 2 April 2011

Data dikemaskini sehingga 21 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.



Walau bagaimanapun, para pelajar diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan kepastian tahap keselamatan di Mesir bagi tujuan mereka kembali ke sana.



4. Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengumpul data dan butiran para pelajar Malaysia yang telah pulang dari Mesir baru-baru ini. Hal ini bertujuan bagi menyelaraskan proses kepulangan mereka ke Mesir untuk menyambung pengajian semula di sana. Melalui sistem online, para pelajar Malaysia diminta mendaftar di alamat jpt.mohe.gov.my/mesir.



5. Mereka hanya perlu memberikan nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon masing-masing. Selepas mendaftar, para pelajar akan mendapat kata laluan melalui email dan mereka boleh mengemas kini butiran dan maklumat masing-masing selain mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan di Mesir.



6. Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menyedia Talian KPT/MOHE Careline pada nombor 1-800-88-6365 untuk sebarang pertanyaan. Talian ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Mereka juga boleh menghantar sms kepada 014-7151556 atau email pelajarmesir@mohe.gov.my.

DICOPY DARI : http://jpt.mohe.gov.my/mesir/

Ahad, 20 Februari 2011

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti (www.iluvislam.com Dihantar Oleh : Ain Farhana Editor: Isyrak)


Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

O.B.O.R (Oleh: madina.humaira Editor: sakura_abyad303)


Dalam melayari bahtera harapan,
Aku terdampar di tengah lautan,
Ku cuba mencari arah pulang,
Semakin jauh perjalanan,
Semakin hampir ke hujung perhentian.

Disaat ini,
Aku tersentak,
Dari perjalanan yang panjang,
Ku tersedar di saat api hampir membakar puntungnya,
Baru ku tahu,
Impian yang ku impikan,
Makin menjauh,
Dek kerana lenaku yang panjang,

Aku terhenti,
Ditengah lautan yang mendalam,
Ku cuba mencari arah persimpangan,
Yang harus ku tuju.
Untukku kejar impianku yang semakin pudar...

Tergapai-gapai dalam pencarian,
Perjalanan yang ku lalui makin kutinggalkan,
Langit yang warnanya cerah gemilang,
Berubah rupanya kearah kegelapan,
Aku meratapi nasibku dalam kepekatan malam,
Ku melangkah menyelusuri kegelapan,
Air yang putih jernih warnanya,
Makin membasahi dahiku,
Kakiku yang makin keletihan,

Diiringi hati,
Yang makin ingin merobohkan harapan,
Yang selama ini inginku genggam,
Fikiranku menerawang jauh ke alam fantasi,
Indahnya, andai semua itu menjadi realiti,

Dibumi nyata ku berpijak,
Apakah mampu terbina sebuah mahligai,
Yang gah bersinar dengan permata,
Andaiku menderita dalam kesuraman ini,
Kaki yang semakin lebur ini ku gagahi,
Demi ku laksanakan fantasi menjadi realiti...
Fikiranku menerawang jauh ke alam fantasi,
Indahnya, andai semua itu menjadi realiti,




Tapi apakah mampu kuteruskan pelayaran ini,
Tanpa cahaya yang menyuluh kegelapan.

Ku merasakan cahaya yang bersinar,
Memenuhi pandanganku yang kelam.
Disisi obor,
Yang menerangi kegelapan pelayaranku,
Yang menemani kesepian kalbuku,
Yang menjadi pendamping bicaraku,
Yang sentiasa disisiku,
Disaat kegelapan dan kesunyian,
Cahayamu yang sentiasa terpancar,
Tanpa mengira kecerahan matahari,
Malah sinaran bulan,
Kau ibarat api yang membakar semangat,
Disaat keteguhan hati kian hancur,
Dek kerana nafsu yang menggila...

Akhirnya,
Cahaya apimu yang membara padam jua,
Disaat itu,
Telah ku temui perhentian yang pasti.
Biarpun sinarmu telah pergi,
Bersama sinar mentari,
Yang makin menjelma disebalik awan,
Tetap kau tinggalkan untukku suatu kebahagiaan,
Kayu apimu,
Akan ku abadikan sebagai kenangan,
Cahayamu,
Akan sentiasa terpahat di hatiku,
Sebagai memori kita.
TERIMA KASIH OBOR...

Ahad, 6 Februari 2011

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."
    Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.
Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan???Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam??? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam.
     Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.
    Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.
Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasi kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.
    Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.
    Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.
   Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."
    Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang.
    Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.