Khamis, 28 Januari 2010

Antara Engkau dan Aku

Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

Aku Perlukan Kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,

Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Khamis, 14 Januari 2010

Malu ibn Abdus

Hari ini daku menyaksikan,
Petunjuk tuhan,
Satu kejadian,
Berlatarkan sekolah di sebuah pekan,
Ketika sesi muzika berjalan,
Di kala si guru mengajar tarian,
Sebagai sesi pemanas badan,
Buat murid yang masih tak keruan,
Di hari pertama sesi persekolahan,
Di satu sudut jelas kelihatan,
Ibn Abdus putera kenalan,
Putera teman sepengajian.

Ibn abdus...si kecil itu,
Menangis tersendu-sendu,
Dirinya dihampiri guru,
Tubuh kecilnya diranduk, dipujuk, dirayu,
Mengapa kau menangis wahai anakku,
Mengalir air mata syahdu,
Di waktu teman lain bersuka ria menari rambu?
Takut, begitulah ucapnya,
Bila guru memintanya,
Memegang tangan pasang tarinya,
Yang jelas bukanlah mahramnya,
Umi kata, lagak itu haram hukumnya,
Abi kata, Allah jua menjadi murka,
Tika yang sama jua,
Titis permata mengalir dari kelopak sepetnya,
Takutnya dia!
Takut pada larangan yang Maha Esa,
Pada dosa,
Pada sengsara,
Balasan di akhirat sana.

Ibn Abdus itu,
Usianya baru darjah satu,
Muslim juga sepertiku,
Punya Allah...tuhannya dan tuhanku,
Tapi sungguhpun begitu,
Dia dan daku,
Ibarat bumi menghijau dan langit membiru,
Berbeda darjat di sisi Tuhan yang Satu.

Daku bukan muslim yang soleh,
Daku lebih liberal, lebih terbuka, lebih ‘orang putih’,
Bukan mahramku, dikala terang mahupun sorekh,
Berpegang tangan, berlaga pipi menjadi pilih,
Kononnya lebih rapat dan lebih berkasih,
Bukan deen ini yang aku tak faqih,
Tapi ‘trend’ sekarang tak boleh didalih,
Kalau tak, kelak jadi tersisih,
Takutkan tuhan menjadi pipih,
Bila ditegur orang yang muslih,
Bibirku menjuih, “Relakslah, rambutku belum putih!”
Masih ada masa untuk dosa dibersih.

Istighfarlah wahai diri,
Malu daku dengan si kecil tadi,
Lebih besar maluku pada Ilahi,
Selama hidup, syariatNya ada yang kutaati,
Ada yang kuingkari,
Istighfarlah diri!
Deen ini bukan acuan sendiri,
Tapi panduan Tuhan untuk manusiawi,
Memimpin kita ke jalan abadi,
Menyelamat kita dari binasa hakiki.
Sungguh! Aku malu,
Pada tuhanku,
Juga pada si kecil itu.

Ku sedar khilaf ini perlu kubetulkan,
Wajar kembali ke pangkal jalan,
Kerna hidup ini sekadar hiburan,
Seharusnya kugigih mengumpul bekalan,
Untuk dikendong ke hari kemudian,
Menjadi jaminan ke syurga impian.

Buat umi dan abi si kecil itu,
Didikanmu membina jitu,
Peribadi si kecil itu,
Ku ucapkan doa setulus kalbu,
Keberkatan dan keselamatan untuk kamu,
Semoga Allah menjaga dirimu,
Diri puteramu,
Dan diri setiap muslim yang menegak syariatMu.

Cukuplah DIA

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

Ahad, 10 Januari 2010

Dugaan Pertama



   Hari ini kami menanti dengan penuh pasti bahawa kami akan dapat melanjutkan pengajian kami di sini (Tanta).1 panggilan dari ustaz Sabli(pegawai dari rumah sabah) akan menentukan segalanya.Adakah kami akan kekal di sini atau akan kembali ke Kaherah.Ringgggg2,tepat pukul 11.00 pagi Ustaz sabli menghubungi kami.Dimulakan degan salam dan pertanyaan khabar,Ustaz Sabli terus memberitahu bahawa kami bahawa kami terpaksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kembali ke Kaherah dan melanjutkan pengajian di sana.Terdiam seketika,sedih,terkejut dan terkesima bercampur baur dalam fikiran kami.Sedikit nasihat Ustaz Sabli berikan kepada kami.Sabarlah kerana ini semua adalah dugaan daripada ALLAH.Walaupun imtihan akan bermula dalam beberapa hari lagi,sabarlah.Semoga ada hikmah disebalik semua ini.kentalkan diri kita,majulah tanpa ada kekecewaan dalam diri kita.Semoga ALLAh membantu kita.Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Sabtu, 9 Januari 2010

Hari Jadi (Ahmad Rifa'i)







    11/01/2009,adalah hari bersejarah bagi Ahmad Rifa'i (sahabat karib saya).Walaupun awal sehari kami menyambut hari jadinya,tetapi kegembiraan tetap terpampang di wajahnya.Disebalik keresahan untuk menanti nama yang belum naik lagi di Universiti Al-azhar Tanta,namun masih ada kesempatan untuk menyambut hari jadi sahabat kami ini.Selamat hari jadi@sanah helwa wahai Ahmad Rifa'i.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki serta najah dalam hidup.Bagi yang belum naik nama lagi,sabar dan banyakkan berdoa.Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita semua.Amin ya ALLAH.

Khamis, 7 Januari 2010

TINGKATAN 1 DI TOH PUAN HAJJAH RAHMAH


(daripada ABUNUHA.WORDPRESS.COM)                                                                                              Sebagai orang yang pernah belajar di sekolah ini, dan pernah merasai nikmat ditinggalkan keluarga, kenangan pada hari pendaftaran adalah sesuatu yang nostalgia sekali.
Saya mendaftar diri di sekolah ini pada 26 Disember 1991, diteman bapa dari kampung, berhadapan dengan seorang kakak tingkatan enam yang ditugaskan mendaftar pelajar baru tingkatan 1.
Kakak yang dimaksudkan ialah Ustazah Nordianah Hj Alwi, yang kini bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI).
Selesai mendaftar, kami dibawa ke asrama, mengangkut beg serta barangan yang berkaitan serta dihantar ke bilik yang sudah ditetapkan. Senior yang menemani ke bilik ialah Abang Norali Awang Damit yang berasal dari Kg Benoni Papar.
Melihat pada pagi tadi, sesi pendaftaran tingkatan 1 di SMU Toh Puan Hajjah Rahmah, saya tersenyum sendiri.
Bagi yang berpisah dengan ibu bapa buat kali pertamanya, ia bakal menjadi memori yang sukar dilupakan. Bimbang, takut, sedih, gemuruh, semangat, gembira, teruja dan sebagainya.
Bagaimanapun, kepada sejumlah 30 pelajar putera dan 57 puteri yang terpilih dari seluruh negeri ke sekolah ini harus memikirkan pengorbanan kedua orang tua mereka.
Inilah detiknya untuk mencipta sejarah baru buat diri masing-masing, membina keyakinan untuk merubah diri ke arah yang lebih baik, sehingga kita bertemu Allah SWT suatu hari nanti.
Kepada adik-adik, tahniah kerana terpilih ke sekolah hebat ini, dan selamat berjuang.












Indahnya






   Mengantuknyaaaa.Petang2 begini pun mata seperti mahu tertutup sahaja.Tidak tahu mahu buat apa,lebih baik mengambil keindahan Tanta di atas imarah kami.Tiada perubahan keadaan sekitar imarah kami.Tidak kira pagi atau petang,keadaannya tetap sejuk.Subhanallah,indahnya ciptaan tuhan.Walaupun perkampungan di sini masih baru membangun,tetapi bangunan2nya sudah terlalu banyak terpacak.Sehinggakan perkampungan ini bukan seperti perkampungan,tetapi seperti kota raya zaman purbakala.Subhanallah,sempurnanya ciptaan ALLAH.

Isnin, 4 Januari 2010

Dugaan Musim Sejuk






  Indahnya pagi,seindah taman impian..Mesir pada ketika ini sentiasa sejuk tidak kira pada waktu dinihahari ataupun ketika malam datang melenakan mata2 kami di sini.Benarlah kata2 ustaz dan ustazah kami ketika di Toh Puan Hajjah Rahmah dulu bahawa musim sejuk di Mesir adalah saat yang penuh dugaan bagi pelajar2 di sini.Tidak kira siang ataupun malam, mata ini sentiasa mahu terlena sahaja..Memag dugaan besar untuk mentalaah buku ataupun membuat persiapan untuk peperikssan yang akan bermula 16-01-2010 bagi semester pertama ini..Semoga ALLAH s.w.t akan memberikan kita semua kekuatan untuk melawan kemalasan itu..Amin..

senyum la

Saat menjelang tidur... Berharap esok masih berkawan pagi Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi Selalu begitu... Seiring waktu dan gerak nafsu Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi... Bukankah tetap akan mati? Jasadmu akan membusuk nanti... Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi... Pagi itu akan berlalu... Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu Dari kaki-kaki para pelayat Maka hidupkanlah... Satu senyum menjelang tidurmu ‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi... Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi.. Karena mungkin... esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi... Mati. Dan jadikan senyum itu... Sebagai warisan yang abadi...

kenduri lagi



  Hari ini kami dimaklumkan bahawa rumah Abang@Ustaz Guntur akan mengadakan kenduri.Selepas sahaja berbuka puasa sunat dengan hidangan nasi lemak yang dimasak oleh saudara Rais dan Rifai ,kami terus menunaikan solat fardhu maghrib dan terus ke rumah Abang Guntur.Sampai sahaja kami di syaah mereka,bacaan yasin sudah pun bermula yang dipimpin oleh Ustaz Mizi..Selesai sahaja bacaan doa,kami terus dihidangkan dengan Mee Laksa..Hampir 30 orang datang ke sini yang terdiri  dari kalangan sahabat2 Malaysia.Segelintir daripada mereka adalah wajah2 yang baru kami kenali.                                                          Ketika menjamu selera,sempat juga saya bertanya kepada seorang  senior tentang majlis kenduri ini.Rupa2nya kenduri adalah khas untuk Ustaz cain(bukan nama sebenar) yang telah berjaya naik ke tahun 4 dalam pengajiannya.Mabruk kepada beliau.semoga semua pelajar2 yang menuntut di Mesir ini juga akan najah dengan cemerlang.Amin ya ALLAH..

Ahad, 3 Januari 2010

Biarkan Bayu Bertiup Duka,Teruskan Perjalanan Kita












"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh        adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

Sabtu, 2 Januari 2010

Silakan Sahaja


Silakan,

Silakan saja jika kamu mahu melakukan kemungkaran silakan,
Silakan saja andai kamu ingin berbuat maksiat silakan;
Silakan saja jika kamu ingin melakukan apa saja yang nafusumu mahukan,
Silakan saja.

Tapi ingat,

Jangan gunakan nikmat Allah itu untuk membuat niat burukmu itu;
Jangan gunakan mata untuk melihat saja kemungkaran;
Jangan lihat dengan mata untuk meng’usha’ orang-orang dijalanan;
Jangan melihat sesuatu dengan menggunakan nikmat melihat;
Jangan gunakan telinga untuk mendengar khabar dusta;
Jangan kamu makan bangkai saudara kamu sendiri (dengan mengumpat);
Jangan kamu dengar muzik yang mengeraskan hati kamu dengan halwa telinga kamu.

Dan ingat,

Jangan gunakan lidahmu untuk bicara yang sia-sia,
Usah bicara kosong dengan nikmat Allah;
Usah menggunakan suaramu yang lunak dan menggoda;
Untuk menguji keteguhan iman lelaki;
Kerna ia takkan ditepis,
Melainkan dengan iman yang kuat.

Namun,

Disebalik keteguhan iman,
Ramai yang tergelincir.

Jangan gunakan lidahmu untuk menyampaikan fitnah,
Dan ingatlah bahawa sesungguhnya di akhirat nanti;
Segala anggota tersebut akan memberi kesaksian,
Di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini.






Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yasin,



” Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan."

Jumaat, 1 Januari 2010

permulaan bagi 5 sekawan@1 keluarga baru


         Hari ini 01/01/2010 selepas sahaja menunaikan solat fardhu jumaat,di masjid yang terletak di belakang imarah kami.lima sekawan bersepakat untuk terus ke pasar untuk membeli sedikit keperluan rumah.sedang mata liar  mecari sesuatu,kami terlihat 2 orang perempuan sedang menyembelih ayam di kedai mereka(kedai menjual ayam).Berbanding di malaysia,tidak pernah kami melihat kaum hawa menyembelih ayam.                                                                                       Benda pertama yang kami beli ialah fatir(sejenis roti arab seperti roti canai) dan kami terus sahaja ke pasar untuk mencari sayur.Sayur timun dan sayur tomato adalah antara sayur yang kami beli yang mana sayur ini adalah anatara sayur yang popular di bumi anbiya ini.Tempat terakhir kami lewati sebelum keluar dari pasar itu ialah tempat menjual sayur kubis.sayur2 kubis di sini adalah lebih besar jika di bandingkan dengan saiz kubis yang terdapat di Malaysia.Sebelum kami balik sempat lagi mengambil sedikit gambar untuk tatapan semua.                                                                                                                                                                                                         






                                                                                         
.