Rabu, 9 November 2011

kisah "Hati Yang Baik"

     Suatu hari pada musim haji, Abdullah bin Mubarak yang sedang
melaksanakan ibadah haji di tanah suci tertidur di Masjidil Haram. Dalam
tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan seorang malaikat yang
memberitahunya bahwa ibadah haji umat Islam tahun itu diterima Allah
hanya karena kebaikan seorang tukang sepatu. Sehabis itu Mubarak
terbangun. Betapa penasarannya beliau dengan mimpi itu dan betapa
penasarannya beliau dengan tukang sepatu yang diceritakan malaikat dalam
mimpinya itu. Apa gerangan yang dilakukan tukang sepatu itu sehingga
menyebabkan ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu diterima Allah?.
Beliau lalu mencari tahu siapa gerangan tukang sepatu itu dan dimana
tempatnya. Hingga akhirnya beliau berhasil menemui tukang sepatu dan
meminta cerita apa amalan yang dilakukannya sehingga
diterimanya ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu? .Lalu tukang sepatu
itu pun menceritakan, bahwa dia bersama isterinya selama 30
tahun berencana untuk naik haji. Selama itu tiap hari, minggu dan bulan
dia menabung dan mengumpulkan uang untuk biaya naik haji dari jasa
membuat dan memperbaiki sepatu.

Tahun ini tabungan hajinya bersama isteri sudah cukup dan dia berencana
untuk naik haji. Namun apa yang terjadi?

Suatu hari isterinya mencium bau harum masakan dari tetangganya. Karena
penasaran dengan harum masakan itu isteri tukang sepatu itu memberanikan
diri menghampiri tetangga dengan maksud ingin meminta sedikit masakan
sekedar imgin mencicipinya .

"Wahai tetangga yang baik, hari ini saya mencium harumnya masakanmu,
bolehkah saya mencicipi barang sedikit?" pinta isteri tukang sepatu itu
kepada tetangganya.

"Tuan puteri yang baik, masakan ini tidak halal bagimu", jawab tetangga.

"Mengapa tidak halal?" tanya isteri tukang sepatu itu dengan penasaran.

"Daging yang kami masak adalah bangkai yang kami temukan di jalan. Kami
tidak tega melihat anak-anak kami kelaparan. Kami sudah banting tulang
mencari makanan yang lebih baik, tapi kami tidak menemukannya. Akhirnya
hanya bangkai ini yang kami temukan, lalu kami masak biar anak-anak dan
keluarga kami tidak semakin menderita"

Mendengar cerita itu, isteri tukang sepatu itu sepontan pulang dan
menceritakannya kepada suaminya. Si tukang sepatu tanpa banyak bicara
segera membuka tabungan haji yang dikumpulkannya selama 30 tahun dan
dibawanya ke rumah tetangga. "Wahai tetangga yang baik, ambillah semua
wang ini untuk keperluan makan kamu dan keluargamu, ini lah haji kami",
kata tukang sepatu itu.

Perbuatan mulia tukang sepatu itulah yang dijadikan Allah sebagai
penyebab diterimanya amalan ibadah haji seluruh jamaah haji tahun itu.

****

Kisah di atas, menceritakan betapa hati yang mulia dan baik selalu
mendapatkan tempat yang mulia di mata Allah. Hati yang baik menghantarkan
kepada pemiliknya kepada perbuatan yang baik dan terpuji. Hati yang baik
mendatangkan pahala dan kurnia Allah tidak hanya untuk si pemiliknya,
namun juga untuk seluruh umat manusia. Benarlah kata Rasulullah
"Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal darah, kalau itu baik, maka
baiklah seluruh anggota tubuh".

Hati yang baik bukanlah sekedar karunia dari Allah yang diberikan kepada
orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga bisa didapatkan
dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati
yang baik adalah dengan sentiasa membuka komunikasi hati dan Allah.
Allah adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang selalu
berkomunikasi kepdaNya akan mendapatkan pancaran kebaikan.Semoga kita
diberi kurnia hati yang baik.

Isnin, 7 November 2011

Aidiladha Versi Dweqah

      Hampir 2 tahun menetap di Dweqah,akhirnya dapat juga merasai solat Hari Raya Aidiladha bersama2 orang kampung Dweqah.Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga tercinta,kepada guru2 yang disayangi,kepada teman2,dan kepada semua muslimin dan muslimat.
‎=كل عام وحضراتكم جميعا بألف ألف خير...... وأرجو لكم وللأمة الإسلامية كلها عيدا سعيدا


Rabu, 2 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA

    Dalam beberapa hari lagi kita menyambut hari Raya Aidiladha yang merupakan salah satu perayaan yang besar dalam Islam,berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas).
    Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
     Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah ALLH s.w.t.

ANTARA HADIS YANG BERKAITAN DENGAN HARI RAYA AIDILADHA

=Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

=Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Isnin, 3 Oktober 2011

Indahnya Hijab

Wahai saudari jangan terpedaya hasutan syaitann,

Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari  Tuhan kita yang maha memberi,

Kita telah mendengar kata2 yang ajaib dari saudari kita,

Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab,

Mengatakan di antara pakaian yang hitam gelap,

Bagaikan diikat khemah di atas tengkuk,

Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis,

Lalu ditulis tentangnya di dalam buku,

Mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak merugikan para pemuda,

Wahai saudaraku inilah golongan pembenci umpama serigala,

Maka nerakalah seburuk2 tempat pembalasan bagi orang zalim,

ALLAH akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan ,

Dan syurgalah sebaik2 tempat kembali.

Rabu, 21 September 2011

Berjalan Tanpa Henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia



( Devotees)

Isnin, 12 September 2011

Rumah Terbuka WISA (2011)

      Assalamualaikum wbt,


      Tiada kata terindah yg yg layak di ucapkan selain panjatan syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia kesihatan yg diberiNYA dapat lah ku kongsikan kegembiraan dan kesyukuranku.. (^_^)


      Alhamdulillah, bulan syawal dah menggapai ke tengahnya namun mood raya masih terasa~ tanggal 10 september 2011, dengan bertemakan”kampung halaman dlm ingatan, aidilfitri meriah diraikan”, WISA (mahasisiwi sabah) telah mengadakan rumah terbuka untuk pelajar2 sabah dan tak lupa juga, pelajar2 semenanjung yg berada di mesir.


      “syukurilah apa yg kamu dapat kerana belum tentu kamu akan dapat lagi apa yg telah kamu dapat”
Nampaknya sambutan kali ini sangat meriah..kunjungan para tetamu sangat menggalakkan terutama dari kalangan pelajar2 Sabahan..


      “smile is the shortest distance between two people
      Senyum adalah jarak yg terdekat antara dua manusia..” =)


      Juadah yg disediakan juga memang sangat sedap..di iringi dgn kuih2 raya yg beraneka jenis..fuhhh lagi2 dgn jumlah yg tidak seberapa ramainya, siswi sabah mampu mnyediakan semuanya dgn hasil kerjasama dan tungkus lumus mereka..tahniah di ucapkan.
   
       “lebihkan manis dalam senyuman,kurangkan manis dalam minuman” :D


      Jika sahaja berkesempatan, pasti berderet ingin dicoretkan..hehe semoga ianya menjadi satu kenangan yg tersemat rapi di dalam hati kita. Memori ini sedikit sebanyak mengubati kerinduan pada kampong halaman..( ‘ ‘, ) terima kasih… InsyaAllah,panjang umur murah rezeki, tahun depan jemput lah lagi..


      ada mata pndanglah keindahan,
      ada mulut berbudilah pertuturan,
      ada hati berilah kesayangan,
      ada salah silap silalah maafkan.


di catat oleh:berry

Rabu, 7 September 2011

Mari Berpuasa Sunat (Enam Hari Dari Bulan Syawwal)

     


       Dari Abu Ayyub r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh." (Riwayat Muslim)
    
     Berpuasa enam hari bulan Syawwal itu boleh di permulaan bulan yakni antara tanggal 2 sampai dengan 7 Syawwal dan boleh juga di pertengahan atau di akhir bulan (yang penting dalam bulan Syawwal). Boleh puia dipersambungkan atau dipisah-pisahkan, seperti dilakukan tanggal 2,5,10,20,26 dan 28 Syawwal. Tetapi tanggal pada 1 Syawwal jangan digunakan untuk berpuasa, sebab Hari Raya Aidilfitri dan haram berpuasa di padanya.

Jumaat, 2 September 2011

Syawal Di Perantauan

    Ketika ramainya insan pulang ke kampung halaman masing2,terdapat juga sebilangan pelajar2 yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.Takbir pada 1 syawal bergema diiringi dengan perasaan rindu dengan kampung halaman dan kelurga,itulah yang pasti dirasai oleh musafir2 ilmu yang jauh di rantau orang.
    Tidak terkecuali kami pelajar2 Sabahan di Mesir menyambut hari yang mulia ini tanpa keluarga yang tercinta.Walaupun begitu,sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap meriah bersama keluarga ke 2.Kemeriahan bertambah dengan kehadiran teman2 yang datang jauh dari kawasan Kaherah.Beraya di bumi asing adalah satu pengalaman yang pastinya bukan semua dapat merasainya,walaupun tidaklah sehebat di negara sendiri namun semangat menyambutnya pasti akan dirindui.
     Di hari yang mulia ini,saya menyusun 10 jari memohon kemaafan.Semoga Ukhuwah antara kita semua akan terus terjalin.

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamt Hari Raya

   Gema takbir bergema di segenap alam,menandakan Ramadhan berlalu pergi yang pastinya akan dirindui dan syawal datang lagi.Sebulan berpuasa,,,,,,semoga amal ibadah kita diterima oleh yang Maha Esa.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan yang paling yang terbaik diantara yang sebelum ini.
    
    Kadang2 lisan yang terucap tanpa disedari menyakiti hati  insan yang mendengar,
    Kadang2 perbuatan kurang disenangi oleh insan yang melihat,
    Mungkin pernah melukai insan lain,
    Mungkin pernah tak tertegur insan yang bergelar saudara seislam,
    Dan banyak lagi kemungkinan yang tersengaja atau tidak.
    
    Dalam kesempatan yang masih sempat sememangnya,diri ini  memohon kemaafan yang bukan bilangannya seratus atau seribu TAPI sejuta pastinya WALAUPUN tidaklah sampai berpuluh2 atau beratus2 juta NAMUN rasanya memadailah hanya dengan sejuta kemaafan dari diri ini YANG sentiasa mengharapkan agar ukhuwah antara kita semua akan tetap akan terjalin.
     
     Selamat Hari Raya diucapkan untuk ibu,ayah,abang2,kakak,adik2,kakak2 ipar,dan seluruh keluarga yang tercinta.Doakan untuk diri ini yang sentiasa merindukan anda semua.
     
     Tidak lupa juga untuk saudara2 yang jauh atau dekat,untuk guru2,sahabat2 seperjuangan di Mesir (bkpsm),sahabat2 Auladussabil dan sekolah Toh Puan Hajah Rahmah (auladussabil)(extopuharakksabah),juga kepada sahabat2 sekolah Menengah Agama Tambunan Sabah (smu tambunan),dan kepada semua yang pernah mengenali diri ini SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ahad, 7 Ogos 2011

KELEBIHAN RAMADHAN

   
   Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

( 1 )    Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

( 2 )    Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

(3)     Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

( 4 )   Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

( 5 )   Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Jumaat, 5 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

    Salam Ramdhan untuk semua sahabat2.Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya....(^_^).


Ayat Al-Quran:  
    albaqarahpuasa

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

 Hadis Nabi:
   “Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]

Jumaat, 27 Mei 2011

Salam Imtihan

     Alhamdulillah,masih diberi kesempatan lagi  untuk meneruskan kehidupan di bumi Mesir  ini sebagai seorang pelajar.Tinggal beberapa hari lagi,minggu imtihan bakal ditempuhi.Kali ini kemungkinan besar masih seperti tahun lalu.Minggu imtihan akan ditempuhi dalam cuaca yang agak panas.Namun itulah hakikatnya,sebagai seorang pelajar di Bumi Anbiya’ ini lagi2 jika anda seorang penuntut dari university Al-Azhar.
    Walauapapun halangan atau dugaan yang kita akan tempuhi,semoga ALLAH S.W.T tetap membantu serta mempermudahkan kita untuk menghadapinya.Amin ya Rob.Salam imtihan untuk semua teman2 yang akan menghadapi imtihan.Doakan kejayaan untuk kita semua.  

Ahad, 15 Mei 2011

Terima Kasih GURU


Guru jasamu takkan kulupa...........Guru ingin kuucapkan................Terima kasih atas semua jasamu.....




                                                        GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
.
(   USMAN AWANG (1979)   )


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.


Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa
.

(A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988)


GURU

Terpujilah wahai engkau ibu bapak guru,
Engkau tak kenal lelah mendidik kami,
Sampai cita-cita kami tercapai
Tetapi engkau masih tetap menjadi seorang guru.
Sehingga kau terbitlah buku yang berjudul
Habis Gelap Terbitlah Terang.
Wahai para guru,
namamu akan selalu ukir dalam sanubariku
Engkau bagaikan surya yang menerangi
Cita-cita anak manusia(harapan Bangsa)
dan engkau laksana embun penyejuk dalam kegelapan
Engkau adalah patriot pahlawan bangsa
yang tak mengharapkan balas jasa
sehingga engkau disebut pahlawan tanpa tanda jasa.

( puisi ini ditulis dalam Bahasa Indonesia)
-JANE DOE 6 AS 3

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

   Ada sepasang Suami isteri yang hidup tenteram.Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
    Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Lelaki itu mendekati. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang  pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.
"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
   Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."(Hadith Riwayat Muslim.)

Ahad, 1 Mei 2011

Kelmarin,Hari Ini Dan Esok

Terbitnya sang suria di pagi hari,
Hari yang baru pasti akan bermula lagi,
Kita akan melakar lagi,
Satu lagi kisah yang belum pasti,
Kerana kita tidak belum mengetahui,
Apa yang akan terjadi,
dan apa yang akan kita lalui,
pada hari yang baru ini.

Terbenamnya sang mentari senja,
Telah bertambah satu hari lagi usia ini,
Syukur padamu ya Rabbi,
Kerana telah memberi kesempatan lagi,
Untuk hambamu menikmati hidup ini,
Syukur padamu ya Rabbi,
Kerana telah memberi kesempatan lagi,
Untuk hambamu memperbaiki,
Lakaran hidup yang tidak mengikuti,
Idola hidup kami,
Nabi Muhammad s.a.w  penghulu segala nabi,

Perjalanan  hidup ini,
Realitinya ada pertemuan dan perpisahan,
Hari ini kita bertemu,
Menikmati senda tawa dan tangisan,
Namun ketika waktu berjalan,
Akan ada yang datang dan ada yang akan pergi.

 Sebenarnya,
Bukan mudah untuk insan menerima,
Setelah berusaha,
Setelah menyayangi sesuatu,
Kegagalan yang datang,
Hakikatnya,
Tiada apa yang perit,
Selain dari kegagalan,
Tiada apa yang lebih manis,
Dari sebuah kejayaan,

ALLAH S.W.T tidak akan menguji kita,
Melebihi kemampuan diri kita,
Bangunlah,
Ketika dirimu tersungkur.
Teruskanlah melangkah,
Langkah baru penuh dengan azam,
Jadikan kegagalanmu,
Pengalaman yang berharga,
Untuk mencapai satu kejayaan.

Seorang ibu pernah berkata,
Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah mimpi yang belum pasti jadi kenyataan.


(02/05/2011)