. Satu hari di hari raya,aku menangis tanda gembira,aku menangis tanda ku cinta kepadanya yang esa.Ketika umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Qorban,kami pelajar2 Sabahan di bumai Anbiya' ini juga tidak ketinggalan menyambut hari yang mulia ini.Tahun ini adalah merupakan kali kedua hamba ini menyambut hari yang mulia ini di bumi Mesir.Walaupun jauh dari kampung halaman,namun suasananya tidak jauh berbeza malahan suasana sambutan Hari Raya Haji di negara Arab ini lebih meriah berbanding di Malaysia.
Malam raya dimeriahkan dengan laungan takbir.Paginya pula disusuli dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha.Hari yang mulia ini akan lebih bermakna jika amalan yang mulia iaitu qorban dijalankan di hari yang mulia ini.Walaupun kesemua yang berada di sini adalah pelajar,namun amalan qorban ini tetap dilakukan dengan mengqorbankan 3 ekor lembu dan kambing(kurang maklum tentang bilangannya).Amalan bergotong-royong sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar2 di sini.Jadi tidak hairanlah,jika program Qorban ini berjalan dengan baik.Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat muslimin di seluruh dunia.Semoga Hari Raya aidiladha pada tahun ini lebih baik dari tahun lalu.
|
antara pelejar2 yang solat di luar Rumah Sabah |
|
antara pelajar2 yang solat di Rumah Sabah |
|
suasana solat raya di Rumah Sabah |
|
keadaan ketika aktiviti qorban |
|
majlis rumah terbuka Rumah Sabah |