Selasa, 16 Mac 2010

Makna Air Mata Insan


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.   Menangis kerana rasa takut.
3.   Menangis kerana cinta.
4.   Menangis kerana gembira.
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1.  Apabila dahinya berpeluh.
2   Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Sabtu, 6 Mac 2010

Titisan Mutiara Terindah

Editor: arisHa27

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah.

Air mata terindah lahir,

Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu.

Dan Bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,

Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah.



Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan Terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah,

Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat,

Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,

Dambalah cinta dan kasih Yang Satu.

       

Ahad, 21 Februari 2010

Bazar Sabah Di Mesir

   Tahun pertama berada di Mesir,kali pertama juga melihat suasana Bazar Sabah di bumi anbiyah ini yang bermula pada 18.02.2010 dan berakhir pada 20.02.2010.Sahabat2 seperjuangan memaklumkan bahawa pada tahun ini adalah penyertaan pertama pelajar2 banin(lelaki) dalam bidang masakan dan pada tahun ini juga,bazar Sabah di buat secara besar2an.Kalau anda berada di sini,anda pasti tidak akan percaya berada di bumi Mesir.Kerana apa?.Kerana suasana bazar yang tidak jauh berbeza dengan suasana di sabah.Nasi Goreng Aramaiti,Bakso Priya Cairo,Nasi Goreng Hujan Panas,dan Nasi Ayam adalah antara makanan yang ada di sini.Tukang masaknya adalah tukang masak yang sudah baiasa dengan masakan,antaranya ialah saudara abang Johari,Mohd Rais,Mohd Rifa'i dan ramai lagi.Air sirap,sirap bandung,vanila milk shake,abc,cendol adalah antaranya minuman yang ada di bazar ini yang mana pembuat2 minuman ini adalah antara pelajar2 yang memang profesional dalam membuat air minuman iaitu,saudara Mohd Tirmidzi@jawa,Mohd Fikri@moja,Ahmad Muhajjan@amat dan mohd Fahmi@fem.
  Suasana tolong-menolong sesama pelajar Sabah memang jelas tergambar di sini.Semua AJK2 bazar kelihatan bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan yang amat memuaskan kepada semua pelanggan yang datang tidak kira dari Semananjung Malaysia,Sarawak dan Indonesia.Saya mewakili sahabat2 yang lain memohon seribu kemaafan kepada semua pelanggan2 jika terdapat kecacatan ataupun layanan yang kurang memuaskan daripada pihak kami.Semoga ALLAH s.w.t memberikan kita kesempatan untuk berjumpa lagi pada bazar tahun depan.Syukran jazilan kepada pelanggan2 yang datang dan juga kepada sahabat2 yang menjayakan bazar Sabah ini.Semoga ukhuwah antara kita semua tetap akan utuh.Amin ya ALLAH.

Pameran buku (MAARAD @ MAARID KUTUB)

        Maarad kutub (pameran buku di Mesir pada tahun ini telah diadakan di Salasalim,Madinas (di Kaherah @ Cairo Mesir) pada hujung bulan 1 dan berakhir pada pertengahan bulan 2.Pertama kali merasa suasana pesta buku secara besar2an.Dianggarkan ribuan manusia tidak kira pencinta2 ilmu ataupun yang yang datang sekadar untuk bergembira datang ke pesta buku ini.Banyak buku2 yang boleh didapati di sini,tidak kira cetakannya dalam tulisan English,Arab,Francis hatta dalam tulisan jawi sekalipun.Saya terkejut apabila antara banyak2 buku yang di jual di sini,saya terlihat buku yang menceritakan tentang tokoh negara kita iaitu Dato Doktor Mahathir M.Lagi membanggakan saya apabila buku tersebut di cetak dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan english dan mengandungi hampir 10 jilid bagi setiap cetakan.Semoga tahun depan dapat bertemu lagi dengan pameran ini.

Sabtu, 6 Februari 2010

Hari Jadi Lagi

  Hari ini,seorang lagi teman seperjuangan kami menyambut hari jadi.Mohd Rais bin serubih ialah seorang pelajar dari SMA Toh Puan Hajjah Rahmah,kemudian melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kaherah di Mesir.Beliau menyambut hari jadinya pada 6.02.2009.Seperti biasa,kami sebagai teman2 seperjuangannya telah membuat sedikit kejutannya terhadapnya.Tradisi seperti di asrama dulu tetap terjadi terhadapnya ketika kami menyambut hari jadinya.Tepat pukul 11.20 pm,kami memanggilnya ke bilik dan menyambut hari jadinya.Ada beberapa acara yang mencuit hati kami ketika menyambut hari jadinya.semoga ALLAH memberkatimu wahai temanku.Sanah helwa ya shodiki                                                                                                                         .

Jumaat, 5 Februari 2010

Jalan2 Di Tanta

    Selepas sahaja habis peperiksaan semester satu ini,saya bersama2 kawan saya meluangkan masa sedikit untuk balik ke Tanta.Kami pergi kesana bersama2 sahabat2 kami yang lain.Tujuan kami ke sana adalah untuk jalan2 ataupun makan angin di sekitar Tanta.Sampai sahaja kami di imarah kami,terus sahaja kami MENGATUR(memasak).Banyak aktiviti kami di sana.Selain makan dan minum,kami juga mengambil peluang untuk jalan2 di pekan Tanta.Kenangan yang paling tidak dapat kami lupakan ketika bejalan2 di sekitar Tanta ialah ketika kami menaiki bas ke pekan Tanta.Keadaan dalam basnya ialah seperti ikan SARDIN.Sempit yang teramat sempit,sehinggakan ada yang bergaduh.Akhirnya kami turun sebelum sampai ke tempat destinasi kami kerana tidak tahan dengan keaadan dalam bas itu.Pada waktu malam pula kami mengadakan prtandingan game PES 2010 yang dimenangi oleh Moja dan Siddik.

Rabu, 3 Februari 2010

Peristiwa ketika PEPERIKSAAN

   Assalamualaikumsemua.Lama tak jumpa..Hehehe.Apa khabar semua?.Semoga semuanya sihat2 belaka.Amin ya ALLAH.Hari ini saya mahu ceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku ketika peperiksaan semester ini.Yang pertama sekali ialah,ketika hari pertama menduduki peperiksaan di Mesir.Keadaan suasana yang amat berbeza sekali dengan peperiksaa di Malaysia.Saya bersama2 sahabat2 yang lambat mendaftar untuk peperiksaan semester pertama(atas sebab2 yang tertentu),terpaksa duduk di luar dewan peperiksaan atas sebab bilangan pelajar yang terlalu ramai.Keadaan yang amat sejuk dan habuk yang berterbangan,menyebabkan kami sedikit kurang selesa untuk menjawab soalan.Walauapapun,semoga kita najah semua.Amin ya ROB.                                                                                                                            Peristiwa yang kedua ialah,suasana masjid Al-azhar yang hampir penuh setiap kali sebelum peperiksaan bermula.Di sinilah kita akan melihat hampir semua pelajar2 dari negara berbeza menghafal,membaca dan berbincang.Suasana yang akan menyebabkan kita akan bersemangat untuk menuntut ilmu.Peristiwa yang ketiga ialah,kami menyambut hari jadi sahabat kami iaitu Muhammad Nazrul Bin Mahmud.Suasana sambutan hari jadi beliau tidak jauh berbeza dengan tradisi menyambut hari jadi di asrama dulu(asrama SMA Toh Puan Hajjah Rahmah).hehehehehe.Sanah helwa ya shodiki.         

Khamis, 28 Januari 2010

Antara Engkau dan Aku

Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

Aku Perlukan Kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,

Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Khamis, 14 Januari 2010

Malu ibn Abdus

Hari ini daku menyaksikan,
Petunjuk tuhan,
Satu kejadian,
Berlatarkan sekolah di sebuah pekan,
Ketika sesi muzika berjalan,
Di kala si guru mengajar tarian,
Sebagai sesi pemanas badan,
Buat murid yang masih tak keruan,
Di hari pertama sesi persekolahan,
Di satu sudut jelas kelihatan,
Ibn Abdus putera kenalan,
Putera teman sepengajian.

Ibn abdus...si kecil itu,
Menangis tersendu-sendu,
Dirinya dihampiri guru,
Tubuh kecilnya diranduk, dipujuk, dirayu,
Mengapa kau menangis wahai anakku,
Mengalir air mata syahdu,
Di waktu teman lain bersuka ria menari rambu?
Takut, begitulah ucapnya,
Bila guru memintanya,
Memegang tangan pasang tarinya,
Yang jelas bukanlah mahramnya,
Umi kata, lagak itu haram hukumnya,
Abi kata, Allah jua menjadi murka,
Tika yang sama jua,
Titis permata mengalir dari kelopak sepetnya,
Takutnya dia!
Takut pada larangan yang Maha Esa,
Pada dosa,
Pada sengsara,
Balasan di akhirat sana.

Ibn Abdus itu,
Usianya baru darjah satu,
Muslim juga sepertiku,
Punya Allah...tuhannya dan tuhanku,
Tapi sungguhpun begitu,
Dia dan daku,
Ibarat bumi menghijau dan langit membiru,
Berbeda darjat di sisi Tuhan yang Satu.

Daku bukan muslim yang soleh,
Daku lebih liberal, lebih terbuka, lebih ‘orang putih’,
Bukan mahramku, dikala terang mahupun sorekh,
Berpegang tangan, berlaga pipi menjadi pilih,
Kononnya lebih rapat dan lebih berkasih,
Bukan deen ini yang aku tak faqih,
Tapi ‘trend’ sekarang tak boleh didalih,
Kalau tak, kelak jadi tersisih,
Takutkan tuhan menjadi pipih,
Bila ditegur orang yang muslih,
Bibirku menjuih, “Relakslah, rambutku belum putih!”
Masih ada masa untuk dosa dibersih.

Istighfarlah wahai diri,
Malu daku dengan si kecil tadi,
Lebih besar maluku pada Ilahi,
Selama hidup, syariatNya ada yang kutaati,
Ada yang kuingkari,
Istighfarlah diri!
Deen ini bukan acuan sendiri,
Tapi panduan Tuhan untuk manusiawi,
Memimpin kita ke jalan abadi,
Menyelamat kita dari binasa hakiki.
Sungguh! Aku malu,
Pada tuhanku,
Juga pada si kecil itu.

Ku sedar khilaf ini perlu kubetulkan,
Wajar kembali ke pangkal jalan,
Kerna hidup ini sekadar hiburan,
Seharusnya kugigih mengumpul bekalan,
Untuk dikendong ke hari kemudian,
Menjadi jaminan ke syurga impian.

Buat umi dan abi si kecil itu,
Didikanmu membina jitu,
Peribadi si kecil itu,
Ku ucapkan doa setulus kalbu,
Keberkatan dan keselamatan untuk kamu,
Semoga Allah menjaga dirimu,
Diri puteramu,
Dan diri setiap muslim yang menegak syariatMu.

Cukuplah DIA

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

Ahad, 10 Januari 2010

Dugaan Pertama



   Hari ini kami menanti dengan penuh pasti bahawa kami akan dapat melanjutkan pengajian kami di sini (Tanta).1 panggilan dari ustaz Sabli(pegawai dari rumah sabah) akan menentukan segalanya.Adakah kami akan kekal di sini atau akan kembali ke Kaherah.Ringgggg2,tepat pukul 11.00 pagi Ustaz sabli menghubungi kami.Dimulakan degan salam dan pertanyaan khabar,Ustaz Sabli terus memberitahu bahawa kami bahawa kami terpaksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kembali ke Kaherah dan melanjutkan pengajian di sana.Terdiam seketika,sedih,terkejut dan terkesima bercampur baur dalam fikiran kami.Sedikit nasihat Ustaz Sabli berikan kepada kami.Sabarlah kerana ini semua adalah dugaan daripada ALLAH.Walaupun imtihan akan bermula dalam beberapa hari lagi,sabarlah.Semoga ada hikmah disebalik semua ini.kentalkan diri kita,majulah tanpa ada kekecewaan dalam diri kita.Semoga ALLAh membantu kita.Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Sabtu, 9 Januari 2010

Hari Jadi (Ahmad Rifa'i)







    11/01/2009,adalah hari bersejarah bagi Ahmad Rifa'i (sahabat karib saya).Walaupun awal sehari kami menyambut hari jadinya,tetapi kegembiraan tetap terpampang di wajahnya.Disebalik keresahan untuk menanti nama yang belum naik lagi di Universiti Al-azhar Tanta,namun masih ada kesempatan untuk menyambut hari jadi sahabat kami ini.Selamat hari jadi@sanah helwa wahai Ahmad Rifa'i.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki serta najah dalam hidup.Bagi yang belum naik nama lagi,sabar dan banyakkan berdoa.Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita semua.Amin ya ALLAH.

Khamis, 7 Januari 2010

TINGKATAN 1 DI TOH PUAN HAJJAH RAHMAH


(daripada ABUNUHA.WORDPRESS.COM)                                                                                              Sebagai orang yang pernah belajar di sekolah ini, dan pernah merasai nikmat ditinggalkan keluarga, kenangan pada hari pendaftaran adalah sesuatu yang nostalgia sekali.
Saya mendaftar diri di sekolah ini pada 26 Disember 1991, diteman bapa dari kampung, berhadapan dengan seorang kakak tingkatan enam yang ditugaskan mendaftar pelajar baru tingkatan 1.
Kakak yang dimaksudkan ialah Ustazah Nordianah Hj Alwi, yang kini bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI).
Selesai mendaftar, kami dibawa ke asrama, mengangkut beg serta barangan yang berkaitan serta dihantar ke bilik yang sudah ditetapkan. Senior yang menemani ke bilik ialah Abang Norali Awang Damit yang berasal dari Kg Benoni Papar.
Melihat pada pagi tadi, sesi pendaftaran tingkatan 1 di SMU Toh Puan Hajjah Rahmah, saya tersenyum sendiri.
Bagi yang berpisah dengan ibu bapa buat kali pertamanya, ia bakal menjadi memori yang sukar dilupakan. Bimbang, takut, sedih, gemuruh, semangat, gembira, teruja dan sebagainya.
Bagaimanapun, kepada sejumlah 30 pelajar putera dan 57 puteri yang terpilih dari seluruh negeri ke sekolah ini harus memikirkan pengorbanan kedua orang tua mereka.
Inilah detiknya untuk mencipta sejarah baru buat diri masing-masing, membina keyakinan untuk merubah diri ke arah yang lebih baik, sehingga kita bertemu Allah SWT suatu hari nanti.
Kepada adik-adik, tahniah kerana terpilih ke sekolah hebat ini, dan selamat berjuang.