Rabu, 23 Mac 2011

Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan

  Sudah lebih dari sebulan berada di tanah air yang tercinta ini.Hanya tinggal beberapa hari lagi ,percutian yang tidak dirancang ini akan berakhir.Begitulah hakikatnya perjalanan seorang penuntut ilmu ,perjalanan untuk kembali ke medan perjuangan pasti akan ditempuhi lagi.
   Ketika percutian ini hampir ke penghujungnya,Alhamdulillah diri ini bersama seorang rakan yang bernama Azwan masih lagi diberi kesempatan untuk menziarahi satu tempat yang tetap akan tersimpan dalam lipatan sejarah hidup diri ini.
   “Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan ”.
   Inilah sekolah yang mula mengajar diri ini untuk hidup berdikari dan di sinilah juga baru mula mengenal apa itu Islam sebenarnya.Sedikit kerinduan terhadap kenangan lalu di sini terubat apabila dapat bertemu dengan insan2 yang pernah mendidik diri ini.

   “Syukran jazilan”
    Hanya itu yang mampu diungkapkan ketika sudah sekian lama berpisah dengan insan2 ini,namun kata2 nasihat dan dorongan untuk berjaya tetap ada untuk kami.Dalam kesempatan ini saya kongsikan kepada pembaca blog ini kata2 tersebut.
   Tuntutlah ilmu walaupun banyaknya halangan,kerana ilmu itu untuk hidup kamu dalam jangka masa yang panjang”.
   “Gagal itu ada,tapi jangan jadikan ianya satu kebiasan”.
   “Kalau ingin berjaya,tanamkan rasa takut untuk gagal”.
    
   Ya ALLAH,tambahkan ilmu yang bermanfaat untuk kami dan berikan kami kekuatan untuk terus menghormati guru2 kami.amin ya ROB.
     
   Firman ALLAH S.W.T yang maksudnya:”dan berdoalah dengan berkata “wahai tuhanku tambahilah ilmuku”..(Taha ayat 114)
    Hadis nabi yang bermaksud:”dari Abu Said Al Khudri R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda;seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan (ilmu).Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (sehinggalah maut menemuinya) dan tempatnya ialah di dalam syurga….(hadis riwayat Tirmizi)
SMUI Tambunan
Azwan(bekas pelajar SMUIT)


Norman (sahabat dari tambunan)

juga merupakan bekas pelajar SMUIT
masjid Tambunan
antara pemandangan di Tambunan

Rabu, 9 Mac 2011

Aku Berlakon Di Pentas Dunia (EZZI_IOZA | EDITOR: ARISHA2)

alt

Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.
Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.

Terus mendada sambil berkata,
" Tiada insan setanding saya " ,
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.

Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium syurga.

Ahad, 6 Mac 2011

Makan Angin (^_^)

    Alhamdulillah,hari ini hampir seminggu berada di tempat abang saya.Hari ini negeri Melaka kelihatan cerah sedikit.Selesai bergotong-royong di Madrasah Muqorribin pada waktu pagi,pada waktu  petang pula diberi kesempatan untuk makan angin di Melaka.
     Sedikit terpesona dengan keindahan di negeri ini,sesungguhnya secantik2 negara mesir Cantik lagi negara Malaysia.(^_^).Walaupun waktu nampaknya seperti tidak mengizinkan untuk diri ini "bercuti" dengan lebih lama,tapi diri ini bersyukur sangat2 kepada ALLAH S.W.T dapat bebas dan selamt kesan kemari di negara ini berbanding negara2 yang lain yang semakin hari semakin hampir kepada kemusnahan dari pelbagai segi.Semoga ALLAH S.W.T bersama2 saudaraku yang mempertahankan negara mereka dari sistem pemerintahan "kuku besi".Aminnn ya Robbb..
  

Sabtu, 5 Mac 2011

Lelaki Acuan AL-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung,
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan,
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya.

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan.

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona,
Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


Selasa, 1 Mac 2011

CINTA & LABAH

SAHABAT…
pernah tak sahabat renungkan pada embun yg melitupi sarang labah2 dipagi2 hari ? pernahkah sahabat perhatikan itu?
pernahkah sahabat perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allah itu?

sahabat,
ibrah sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. Dan cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.

sahabat,
pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya? begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia. dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran. bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2. sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa? kerana itulah " sunnatullah " kerana itulah fitrah seekor sang labah2
kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.

sahabat,
begitu juga sifat cinta yg sejati... ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperlolehi dgn angan2 kosong atau penantian santai... bukan! wahai sahabatku.... ia diperlolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau.

sahabat
cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yg lebih sempurna. menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran yg diperlolehi dari arifiin. menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah.'perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohon yg lebat daunnya tapi tak berbuah'. dari diri yg sudah mantap pengamalan ilmu itu, datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu. 'sampaikanlah walau sepotong ayat'. along the way, perbagai ujian dan cubaan akan dating menjadi tamu. menjengah menguji si daie'. Apakah tegar cintanya pada Rabbnya... atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian sutera labah2?

sahabat,
pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian sutera labah2? sahabatku, itulah 'ibrah cinta dunia. cinta dunia tidak diminta datangnya. perginya pula seperti juga embun itu. Tatkala datangnya mentari, maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi... seperti juga cinta dunia, pabila datang kematian, berpisahlah si kaya dgn hartanya. berpisahlah dia dgn saudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir. akan berpisahlah ia dari isterinya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janji setia. tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian. Namun,yg akan tinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya pada Allah... itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.

sahabat,
itulah cinta dunia. dan seperti juga embun yg akan menjadi tamu sutera labah2 saban fajar... begitu juga cinta dunia akan berkerumun mendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta pada Rabbnya... ia akan datang dalam perbagai bentuk.... mungkin dalam bentuk harta2 yg bertimbun2, mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas, mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas, mingkin juga terbentuk dari anak2 yg ramai mungkin juga terbentuk dari isteri yg terlalu mencintai dunia. Tak siapa tahu apakah bahagiannya. 'Allah memberi petunjuk kpd orang yg diingininya dan menyiksa yg diingininya...'.

sahabat,
hendaklah, kita seperti sutera labah2 ini. walau kita dikerumuni cinta dunia, walau kita di hambat angin ujian, walau kita ditimpa hujan musibah..... hendaklah kita se thabat sutera labah ini2. hendaklah cinta yg kita bina seperti sutera labah2 itu. baik dari segi tujuan akan pembinaannya, mahupon proses pembinaannya. tujuannya adalah utk memenuhi syiar Allah... menyempurnakan fitrah kemanusiaan. proses pembinaan adalah penuh ngan talbiah ruhiah yg baik diperlengkap ngan kefahaman yg mantap serta amalan yang istiqomah.

sahabat,
kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan. hinggakan kita tersilap membina cinta ini, kita isi cinta ya dibina dgn 'embun dunia'. bila datang realiti kehidupan, maka cinta yg telah disulam ngan kata2 manis dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam yg menagih2 nikmat tidur. khuatiri bila, kesusahan hidup datang bertamu. Bila masalah sedebu menjadi sebatu... ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana. yg tinggal adalah kesedihan dan
penderitaan
.