Hari ini 01/01/2010 selepas sahaja menunaikan solat fardhu jumaat,di masjid yang terletak di belakang imarah kami.lima sekawan bersepakat untuk terus ke pasar untuk membeli sedikit keperluan rumah.sedang mata liar mecari sesuatu,kami terlihat 2 orang perempuan sedang menyembelih ayam di kedai mereka(kedai menjual ayam).Berbanding di malaysia,tidak pernah kami melihat kaum hawa menyembelih ayam. Benda pertama yang kami beli ialah fatir(sejenis roti arab seperti roti canai) dan kami terus sahaja ke pasar untuk mencari sayur.Sayur timun dan sayur tomato adalah antara sayur yang kami beli yang mana sayur ini adalah anatara sayur yang popular di bumi anbiya ini.Tempat terakhir kami lewati sebelum keluar dari pasar itu ialah tempat menjual sayur kubis.sayur2 kubis di sini adalah lebih besar jika di bandingkan dengan saiz kubis yang terdapat di Malaysia.Sebelum kami balik sempat lagi mengambil sedikit gambar untuk tatapan semua.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan