Bulan syawal yang mulia masih lagi belum melabuhkan tirainya.Sambutan hari raya aidilfitri di Rumah Sabah sudah lama berlalu dan suasananya semakin menghilang,untuk menyerikan lagi hari raya aidilfitri bagi pelajar2 Sabahan di Bumi Anbiya ini,kami pelajar2 yang menetap di perkampungan Dweah telah bersepakat untuk mengadakn rumah terbuka khas untuk pelajar2 Sabahan.Walupun begitu kami tetap menjemput sahabat2 dari negeri yang lain.. Sambutan ini dibuat melalui persepakatan 4 buah rumah iaitu rumah Ustaz Babar,Abang Aziz serta ahli rumahnya,Doktor Aman dan rumah kami sendiri.Rumah terbuka untuk banat telah diadakan di rumah Ustaz Babar,manakala untuk banin pula di rumah kami sendiri.Rumah terbuka ini telah diadakan bermula selepas solat jumaat iaitu sekitar pukul 2.00 petang dan barakhir pada tengah malamnya.Jutaan terima kasih atas kesudiaan sahabat dan sahabiah yang sudi datang ke perkampungan kami di Mesir ini.Mohon kemaafan andai ada silap dan salah kami ketika rumah terbuka ini.Semoga ukhuwah antara kita semua tetap teguh terjalin.Amin ya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan