Selasa, 22 Februari 2011

BERITA TERBARU TENTANG UNIVERSITI2 DI MESIR

KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGAJIAN TINGGI YB DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN PENDAFTARAN PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA (21 FEBRUARI 2011)




21/02/2011



1. Menteri Pengajian Tinggi Mesir telah mengumumkan melalui media rasmi di Mesir bahawa tarikh penangguhan pembukaan universiti-universiti dan sekolah adalah sehingga 24 Februari 2011.



2. Berikut adalah tarikh-tarikh bermulanya sesi akademik di universiti-universiti berkenaan sebagaimana yang telah mereka maklumkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sehingga 21 Februari 2011.



Universiti Tarikh Sesi Akademik

Al-Azhar 26 Feb. 2011

Cairo 26 Feb. 2011

Ain Shams 5 Mac 2011

Iskandariah 5 Mac 2011

Mansurah 8 Mac 2011

Tanta 8 Mac 2011

Zagazig 1 Mac 2011

Data dikemaskini sehingga 21 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.



3. Wakil KPT bersama penaja dan kedutaan telah pun berada di Mesir untuk berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir dan universiti-universiti berkenaan. Proses rundingan ini sedang berjalan iaitu Universiti Cairo (21 Februari), Universiti Mansurah dan Zazazig (22 Februari), Universiti Tanta (23 Februari) dan Universiti Al-Azhar dan Ain Shams (24 Februari) dan dijangka akan selesai pada akhir Februari 2011. Setakat ini, rundingan telah dilakukan dengan pihak Universiti Iskandariah mengenai tarikh mula kuliah bagi pelajar-pelajar Malaysia dan hasilnya adalah seperti berikut :-



Kursus Tahun Mula Kuliah

Perubatan (klinikal) Empat dan Lima 19 Mac 2011

Perubatan Satu,Dua dan Tiga 26 Mac 2011

Tarikh peperiksaan dijadualkan pada 30 April 2011

Pergigian Satu dan Dua 2 April 2011

Data dikemaskini sehingga 21 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.



Walau bagaimanapun, para pelajar diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan kepastian tahap keselamatan di Mesir bagi tujuan mereka kembali ke sana.



4. Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengumpul data dan butiran para pelajar Malaysia yang telah pulang dari Mesir baru-baru ini. Hal ini bertujuan bagi menyelaraskan proses kepulangan mereka ke Mesir untuk menyambung pengajian semula di sana. Melalui sistem online, para pelajar Malaysia diminta mendaftar di alamat jpt.mohe.gov.my/mesir.



5. Mereka hanya perlu memberikan nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon masing-masing. Selepas mendaftar, para pelajar akan mendapat kata laluan melalui email dan mereka boleh mengemas kini butiran dan maklumat masing-masing selain mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan di Mesir.



6. Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menyedia Talian KPT/MOHE Careline pada nombor 1-800-88-6365 untuk sebarang pertanyaan. Talian ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Mereka juga boleh menghantar sms kepada 014-7151556 atau email pelajarmesir@mohe.gov.my.

DICOPY DARI : http://jpt.mohe.gov.my/mesir/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan