“Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami mempelajari Al-quran ,setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan Al-quran”.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
Belajarlah kamu akan Al-quran ,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli2nya yang mana di kala itu orang sangat memerlukanya “.Ia akan datang dalam bentuk seindah2nya dan bertanya,”kenalkah kamu kepadaku?”.Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:”siapakah kamu ?”
Maka berkata Al-quran
“Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung ,dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari”.
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-quran itu;”adakah kamu Al-quran?”.Lalu Al-quran mengakui dan menunutun orang pernah membaca menghadap ALLAH S.W.T .Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan makhota di atas kepalanya.Pada kedua ibubapanya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat kali ganda ,sehingga keduanya bertanya :”dari manakah kami memperoleh ini semua,padahal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan