Jumaat, 2 September 2011

Syawal Di Perantauan

    Ketika ramainya insan pulang ke kampung halaman masing2,terdapat juga sebilangan pelajar2 yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan.Takbir pada 1 syawal bergema diiringi dengan perasaan rindu dengan kampung halaman dan kelurga,itulah yang pasti dirasai oleh musafir2 ilmu yang jauh di rantau orang.
    Tidak terkecuali kami pelajar2 Sabahan di Mesir menyambut hari yang mulia ini tanpa keluarga yang tercinta.Walaupun begitu,sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap meriah bersama keluarga ke 2.Kemeriahan bertambah dengan kehadiran teman2 yang datang jauh dari kawasan Kaherah.Beraya di bumi asing adalah satu pengalaman yang pastinya bukan semua dapat merasainya,walaupun tidaklah sehebat di negara sendiri namun semangat menyambutnya pasti akan dirindui.
     Di hari yang mulia ini,saya menyusun 10 jari memohon kemaafan.Semoga Ukhuwah antara kita semua akan terus terjalin.

2 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidilfitri dik..(^_^) kakak mohon maaf zahir batin~

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri kak..(^_^)

    BalasPadam