Rabu, 26 September 2012

Terus Melangkah

     Masa terus berlalu,tanpa kita sedari sudah semakin lama kita menumpang di bumi ALLAH S.W.T.Kenangan demi kenangan,ujian2 demi ujian dan banyak lagi liku2 perjalanan hidup yang telah kita tempuhi dan akan kita tempuhi lagi.

     "KEJAYAAN" atau "KEGAGALAN" adalah antara sijil yang akan kita kecapi dalam hidup ini.Indahnya jika kita berjaya seolah2 kita adalah manusia yang paling beruntung di dunia ini.Sakitnya kegagalan itu seperti hidup ini tidak lagi bermakna bagi kita.

      
       Persoalannya,,,,,,,
       Haruskah terus menyesali kegagalan yang kita alami????
       Berhenti untuk melangkah kerana sebuah kegagalan????
    
    
    Perlukah kita terus berhenti sedangkan masa tidak pernah berhenti untuk menunggu kita melangkah lagi.Teruslah berjalan walaupun perlahan kerana orang yang bangkit dari kegagalan itu adalah seorang pejuang yang mampu melakukannya.

      
     Hidup ini kadangkala kita lalui dengan berlari,berjalan dan seringkali kita terjatuh kemudian bangkit kembali.Ingatlah,,,,,,,,ketika kita melakukan sesuatu,ada kemungkinan kita akan mencapai kegagalan.Bila kita mendapat kegagalan,itu adalah satu perkara yang hebat,kerana kita berkesempatan mempelajari sesuatu.

    Belajarlah dari kegagalan kerana kegagalan itu adalah guru kita yang luar biasa.Dengan mempelajari sesuatu dari kegagalan pasti kita akan menemui sebuah kejayaan.Kegagalan itu bukanlah jalan buntu atau jalan yang sempit,tapi ia menjadi jalan untuk kita mencapai kejayaan.

      Jangan pernah takut untuk mendapatkan kejayaan kerana kegagalan kita di masa lalu.Bila kita mula mengisi hati ini dengan kegagalan masa lalu dan kekhawatiran di masa depan,maka pastinya kita tidak akan memiliki hari ini untuk kita syukuri.

      Hari ini pastinya kita semua pernah melalui saat kegagalan,tidak kiralah kegagalan dalam jenis apapun.kita bukanlah manusia yang sempurna yang sentiasa betul dalam melakukan sesuatu.Bersungguh2lah dalam berusaha,kerana orang yang bersungguh2 mudah melewati jalan yang sempit.Sentiasalah ingatkan ALLAH S.W.T kerana itulah yang sentiasa membuatkan hati kita tenteram.Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T untuk berjaya di dunia dan akhirat,,,,,amin ya ALLAH..

     
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan