Khamis, 28 Oktober 2010

HARGA SEBUAH KETENANGAN

jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.

Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain.

Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.

Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.

Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah :

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binantang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).

Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syuga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya.

Iaitu orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.”

(Ali Imran 17-23)

Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

(ar Raad: 28)

Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.

Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya?

1) Melalui nasihat
2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang
3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil
4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah

Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin ya Rabbal Alamin.

Khamis, 7 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA PELAJAR2 SABAHAN DI MESIR

  Walaupun bulan Ramadhan sudah lama berlalu dan bulan Syawal pula sudah hampir ke penghujungnya,namun suasana hari raya tetap masih dapat dirasai dengan adanya rumah terbuka yang diadakan oleh pelajar2 Sabahan di bumi Anbiya ini.Suasana yang meriah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap tanah air.Semoga bulan Ramadhan dan bulan Syawal pada tahun ini lebih baik dan diberkati oleh ALLAH S.W.T..Ada kesempatan kita akan dapat bersama2 lagi pada bulan Ramadhan dan bulan Syawal di tahun hadapan...."kullu sanah wa antum bikhair"..

RUMAH TERBUKA (RUMAH SABAH)
RUMAH TERBUKA ASYIR
RUMAH TERBUKA DWEAH
KAWAREH
BAKSO PRIYA CAIRO...hehehehe
agenda melantak bakso..hehehe
mee laksa (abg naim)
ketika RUMAH TERBUKA (abg naim)
antara pelajar2 sabahan di Mesir
ahli bait (abg aziz)
ahli bait (kami)

Sabtu, 25 September 2010

RUMAH TERBUKA DWEAH

     Bulan syawal yang mulia masih lagi belum melabuhkan tirainya.Sambutan hari raya aidilfitri di Rumah Sabah sudah lama berlalu dan suasananya semakin menghilang,untuk menyerikan lagi hari raya aidilfitri bagi pelajar2 Sabahan di Bumi Anbiya ini,kami pelajar2 yang menetap di perkampungan Dweah telah bersepakat untuk mengadakn rumah terbuka khas untuk pelajar2 Sabahan.Walupun begitu kami tetap menjemput sahabat2 dari negeri yang lain..                                                                                                                             Sambutan ini dibuat melalui persepakatan 4 buah rumah iaitu rumah Ustaz Babar,Abang Aziz serta ahli rumahnya,Doktor Aman dan rumah kami sendiri.Rumah terbuka untuk banat telah diadakan di rumah Ustaz Babar,manakala untuk banin pula di rumah kami sendiri.Rumah terbuka ini telah diadakan bermula selepas solat jumaat iaitu sekitar pukul 2.00 petang dan barakhir pada tengah malamnya.Jutaan terima kasih atas kesudiaan sahabat dan sahabiah yang sudi datang ke perkampungan kami di Mesir ini.Mohon kemaafan andai ada silap dan salah kami ketika rumah terbuka ini.Semoga ukhuwah antara kita semua tetap teguh terjalin.Amin ya ALLAH.                                            

Rabu, 15 September 2010

WARNA-WARNI HARI RAYA AIDILFITRI

   Ketika takbir bergema syahdu menandakan berakhirnya rmadhan dan datang syawal,pelajar Sabahan di Mesir juga menyambut hari raya seperti tahun2 yang sudah.Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di perantauan.Walaupun suasana sambutannya tidaklah semeriah di Malaysia,namun sambutan hari raya di sini tetap meriah dengan  program2 hari raya yang telah diadakan oleh BKPSM.            
    Dalam kesempatan ini saya memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa,ada terjentik siapa2 ka,atau ada tercopy mana2 risalah ka,atau apa2 la yang membuat hati insan lain tersinggung atau sakit ka.....selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Isnin, 6 September 2010

Cintaku Pada Ramadhan

www.iluvislam.com
Oleh: Aftiey
Editor: salma ahsanan


Wahai hatiku,
Ramadhan sudah menjelang...
Di fikiran jelas terbayang,
Akan keseronokan menyambut Ramadhan...



Wahai Ramadhan,
Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...


Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...


Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...


Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..


Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..


Selasa, 31 Ogos 2010

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya (oleh: Ustaz Zainudin Hashim)

  Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun   Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
   Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.    Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus umat pada malam tersebut
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.
Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks. _