Ahad, 28 Ogos 2011

Selamt Hari Raya

   Gema takbir bergema di segenap alam,menandakan Ramadhan berlalu pergi yang pastinya akan dirindui dan syawal datang lagi.Sebulan berpuasa,,,,,,semoga amal ibadah kita diterima oleh yang Maha Esa.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan yang paling yang terbaik diantara yang sebelum ini.
    
    Kadang2 lisan yang terucap tanpa disedari menyakiti hati  insan yang mendengar,
    Kadang2 perbuatan kurang disenangi oleh insan yang melihat,
    Mungkin pernah melukai insan lain,
    Mungkin pernah tak tertegur insan yang bergelar saudara seislam,
    Dan banyak lagi kemungkinan yang tersengaja atau tidak.
    
    Dalam kesempatan yang masih sempat sememangnya,diri ini  memohon kemaafan yang bukan bilangannya seratus atau seribu TAPI sejuta pastinya WALAUPUN tidaklah sampai berpuluh2 atau beratus2 juta NAMUN rasanya memadailah hanya dengan sejuta kemaafan dari diri ini YANG sentiasa mengharapkan agar ukhuwah antara kita semua akan tetap akan terjalin.
     
     Selamat Hari Raya diucapkan untuk ibu,ayah,abang2,kakak,adik2,kakak2 ipar,dan seluruh keluarga yang tercinta.Doakan untuk diri ini yang sentiasa merindukan anda semua.
     
     Tidak lupa juga untuk saudara2 yang jauh atau dekat,untuk guru2,sahabat2 seperjuangan di Mesir (bkpsm),sahabat2 Auladussabil dan sekolah Toh Puan Hajah Rahmah (auladussabil)(extopuharakksabah),juga kepada sahabat2 sekolah Menengah Agama Tambunan Sabah (smu tambunan),dan kepada semua yang pernah mengenali diri ini SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ahad, 7 Ogos 2011

KELEBIHAN RAMADHAN

   
   Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

( 1 )    Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

( 2 )    Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

(3)     Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

( 4 )   Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

( 5 )   Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Jumaat, 5 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

    Salam Ramdhan untuk semua sahabat2.Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya....(^_^).


Ayat Al-Quran:  
    albaqarahpuasa

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

 Hadis Nabi:
   “Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]

Jumaat, 27 Mei 2011

Salam Imtihan

     Alhamdulillah,masih diberi kesempatan lagi  untuk meneruskan kehidupan di bumi Mesir  ini sebagai seorang pelajar.Tinggal beberapa hari lagi,minggu imtihan bakal ditempuhi.Kali ini kemungkinan besar masih seperti tahun lalu.Minggu imtihan akan ditempuhi dalam cuaca yang agak panas.Namun itulah hakikatnya,sebagai seorang pelajar di Bumi Anbiya’ ini lagi2 jika anda seorang penuntut dari university Al-Azhar.
    Walauapapun halangan atau dugaan yang kita akan tempuhi,semoga ALLAH S.W.T tetap membantu serta mempermudahkan kita untuk menghadapinya.Amin ya Rob.Salam imtihan untuk semua teman2 yang akan menghadapi imtihan.Doakan kejayaan untuk kita semua.  

Ahad, 15 Mei 2011

Terima Kasih GURU


Guru jasamu takkan kulupa...........Guru ingin kuucapkan................Terima kasih atas semua jasamu.....




                                                        GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
.
(   USMAN AWANG (1979)   )


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.


Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa
.

(A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988)


GURU

Terpujilah wahai engkau ibu bapak guru,
Engkau tak kenal lelah mendidik kami,
Sampai cita-cita kami tercapai
Tetapi engkau masih tetap menjadi seorang guru.
Sehingga kau terbitlah buku yang berjudul
Habis Gelap Terbitlah Terang.
Wahai para guru,
namamu akan selalu ukir dalam sanubariku
Engkau bagaikan surya yang menerangi
Cita-cita anak manusia(harapan Bangsa)
dan engkau laksana embun penyejuk dalam kegelapan
Engkau adalah patriot pahlawan bangsa
yang tak mengharapkan balas jasa
sehingga engkau disebut pahlawan tanpa tanda jasa.

( puisi ini ditulis dalam Bahasa Indonesia)
-JANE DOE 6 AS 3

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

   Ada sepasang Suami isteri yang hidup tenteram.Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
    Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Lelaki itu mendekati. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang  pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.
"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
   Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."(Hadith Riwayat Muslim.)

Ahad, 1 Mei 2011

Kelmarin,Hari Ini Dan Esok

Terbitnya sang suria di pagi hari,
Hari yang baru pasti akan bermula lagi,
Kita akan melakar lagi,
Satu lagi kisah yang belum pasti,
Kerana kita tidak belum mengetahui,
Apa yang akan terjadi,
dan apa yang akan kita lalui,
pada hari yang baru ini.

Terbenamnya sang mentari senja,
Telah bertambah satu hari lagi usia ini,
Syukur padamu ya Rabbi,
Kerana telah memberi kesempatan lagi,
Untuk hambamu menikmati hidup ini,
Syukur padamu ya Rabbi,
Kerana telah memberi kesempatan lagi,
Untuk hambamu memperbaiki,
Lakaran hidup yang tidak mengikuti,
Idola hidup kami,
Nabi Muhammad s.a.w  penghulu segala nabi,

Perjalanan  hidup ini,
Realitinya ada pertemuan dan perpisahan,
Hari ini kita bertemu,
Menikmati senda tawa dan tangisan,
Namun ketika waktu berjalan,
Akan ada yang datang dan ada yang akan pergi.

 Sebenarnya,
Bukan mudah untuk insan menerima,
Setelah berusaha,
Setelah menyayangi sesuatu,
Kegagalan yang datang,
Hakikatnya,
Tiada apa yang perit,
Selain dari kegagalan,
Tiada apa yang lebih manis,
Dari sebuah kejayaan,

ALLAH S.W.T tidak akan menguji kita,
Melebihi kemampuan diri kita,
Bangunlah,
Ketika dirimu tersungkur.
Teruskanlah melangkah,
Langkah baru penuh dengan azam,
Jadikan kegagalanmu,
Pengalaman yang berharga,
Untuk mencapai satu kejayaan.

Seorang ibu pernah berkata,
Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah mimpi yang belum pasti jadi kenyataan.


(02/05/2011)

Jumaat, 29 April 2011

Tekadku

Ilmu, asas untuk kita mencapai kejayaan,
Ilmu, pentingnya bagai senjata di medan perang,
Untuk menempuh cabaran pada masa hadapan,
Yang menjanjikan hidup bahagia,
Kepada kita semua.

Ibu, aku janjikan kejayaanku untukmu,
Ayah, akan aku balas jasamu itu,
Pasti akan kutemui juga kejayaanku,
Walau terpaksa merantau jauh dari dirimu,
Walaupun sukar kutempuh jua.

Jika kau bertemu aku di sini,
Membuang waktu dan sering terlupa diri,
Akan kecewa, harapanmu musnah,
Pengorbanan sia-sia,
Fahamiku tak berdaya,
Namun, akanku terus berusaha,
Oh, Ayah! Oh, Ibu! Maafkan kesalahanku.

Kelak, jika aku kembali,
Membawa permata yang menerangi bumi,
Ketahuilah ia untukmu,
Balasan atas pengorbananmu,
Inilah tekad dan janjiku,
Akanku usaha sepenuh hati.

Oh, Ayah! Oh, Ibu! Nantikan kepulanganku,
Oh, Ayah! Oh, Ibu! Akanku ubati lukamu.
Dengarlah!
 
-Artikel iluvislam.com

Khamis, 28 April 2011

Al-Quran Sebagai Pembela Di Akhirat

     Abu Ummah R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami mempelajari Al-quran ,setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan Al-quran”.
   Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
Belajarlah kamu akan Al-quran ,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli2nya yang mana di kala itu  orang sangat memerlukanya “.Ia akan datang dalam bentuk seindah2nya dan bertanya,”kenalkah kamu kepadaku?”.Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:”siapakah kamu ?”
Maka berkata Al-quran
“Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung ,dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari”.
    Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-quran itu;”adakah kamu Al-quran?”.Lalu Al-quran mengakui dan menunutun orang pernah membaca  menghadap  ALLAH S.W.T .Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan makhota di atas kepalanya.Pada kedua ibubapanya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat kali ganda ,sehingga keduanya bertanya :”dari manakah kami memperoleh ini semua,padahal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-quran.

Rabu, 27 April 2011

Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy

      Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seeokor binatang dari neraka jahannam yang digelar Huraisy yang mana panjangnya ialah antara langit dan bumi dan lebarnya pula dar timur hingga ke barat.

    Apabila ia keluar maka malaikat Jibril A.S akan berkata ,
“Wahai Huraisy,kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”.
Lalu berkata Huraisy:
“aku mencari lima jenis orang “.
1.Orang yang tidak mengerjakan solat.
2.Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3.Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4.Orang yang suka minum arak
5.Orang yang sangat suka bercakap2 dalam masjid hal dunia.
  

Sabtu, 23 April 2011

Pemuda Beribu Bapakan Babi

     Nabi Musa adalah satu2nya Nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH S.W.T.Setiap kali dia hendak bermunajat,Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH.Nabi Musa sering bertanya dan ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga.Inilah kelebihan yang tidak ada pada nabi2 yang lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH ,"ya ALLAH,siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
ALLAH pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,kampung serta tempat tinggalnya.Setelah mendapat jawapan,Nabi Musa turun dari burit tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam,beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.Sebentar kemudia dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.Babi itu didukungnya dengan cermat.Nabi Musa terkejut melihatnya."Apa hal ini?,kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang.Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa."Wahai sauadara,apa agama kamu?"."Aku agama Tauhid",jawab pemuda itu". "Habis,mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu",kata Nabi Musa.
   "Wahai tuan hamba",kata pemuda itu."Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,ALLAH telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain.Itu urusannya dengan ALLAH.Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.Hari2 aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,aku tetap melaksanakan tugasku",sambungnya.
   "Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan.Aku memohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi",tambah pemudah itu lagi.
    Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S , "Wahai Musa,inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti,hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi kami".
    ALLAH juga berfirman lagi yang bermaksud :"Oleh keran dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami,maka kami angkat doanya.Tempat kedua ibubapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".Itulah berkat anak yang soleh.Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.Mudah2an ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
    Walaubagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita,urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana pun dosa yang mereka lakukan,itu juga bukan urusan kita,urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni ALLAH S.W.T .Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat,inilah yang dinanti2kan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,tetap erti sayang seorang anak kepada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi ALLAH....:-)

Rabu, 23 Mac 2011

Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan

  Sudah lebih dari sebulan berada di tanah air yang tercinta ini.Hanya tinggal beberapa hari lagi ,percutian yang tidak dirancang ini akan berakhir.Begitulah hakikatnya perjalanan seorang penuntut ilmu ,perjalanan untuk kembali ke medan perjuangan pasti akan ditempuhi lagi.
   Ketika percutian ini hampir ke penghujungnya,Alhamdulillah diri ini bersama seorang rakan yang bernama Azwan masih lagi diberi kesempatan untuk menziarahi satu tempat yang tetap akan tersimpan dalam lipatan sejarah hidup diri ini.
   “Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan ”.
   Inilah sekolah yang mula mengajar diri ini untuk hidup berdikari dan di sinilah juga baru mula mengenal apa itu Islam sebenarnya.Sedikit kerinduan terhadap kenangan lalu di sini terubat apabila dapat bertemu dengan insan2 yang pernah mendidik diri ini.

   “Syukran jazilan”
    Hanya itu yang mampu diungkapkan ketika sudah sekian lama berpisah dengan insan2 ini,namun kata2 nasihat dan dorongan untuk berjaya tetap ada untuk kami.Dalam kesempatan ini saya kongsikan kepada pembaca blog ini kata2 tersebut.
   Tuntutlah ilmu walaupun banyaknya halangan,kerana ilmu itu untuk hidup kamu dalam jangka masa yang panjang”.
   “Gagal itu ada,tapi jangan jadikan ianya satu kebiasan”.
   “Kalau ingin berjaya,tanamkan rasa takut untuk gagal”.
    
   Ya ALLAH,tambahkan ilmu yang bermanfaat untuk kami dan berikan kami kekuatan untuk terus menghormati guru2 kami.amin ya ROB.
     
   Firman ALLAH S.W.T yang maksudnya:”dan berdoalah dengan berkata “wahai tuhanku tambahilah ilmuku”..(Taha ayat 114)
    Hadis nabi yang bermaksud:”dari Abu Said Al Khudri R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda;seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan (ilmu).Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (sehinggalah maut menemuinya) dan tempatnya ialah di dalam syurga….(hadis riwayat Tirmizi)
SMUI Tambunan
Azwan(bekas pelajar SMUIT)


Norman (sahabat dari tambunan)

juga merupakan bekas pelajar SMUIT
masjid Tambunan
antara pemandangan di Tambunan

Rabu, 9 Mac 2011

Aku Berlakon Di Pentas Dunia (EZZI_IOZA | EDITOR: ARISHA2)

alt

Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.
Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.

Terus mendada sambil berkata,
" Tiada insan setanding saya " ,
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.

Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium syurga.