Sabtu, 26 Disember 2009

imbasan ketika baru sampi di MESIR






Teringat seketika saat baru sampai di bumi anbiyah ini.seperti baru terlihat satu benda yang asing.bumi mesir!!.siapa yang tidak kenal dengan negara ini.1 dunia kenal.tapi tidak semua pernah sampai di bumi yang anbiyah ini.2009 menjadi saksi apabila pada tahun ini adalah tahun yang terbanyak sekali pelajar dari sabah datang kesini.bermula dari lapangan terbang MAS kota kinabalu hingga smpai ke lapangan terbang EGYPT,banyak andaian tentang negara ini oleh kebanyakkan pelajar baru yang menuntut ilmu di sini.sampi sahaja di airpot,suasananya sangat berbeza dengan malaysia.suasana yang sangat sibuk dengan bunyi hon.pelajar2 lama di sini telah memberi sedikit maklumat ketika kami dalam perjalanan ke RUMAH SABAH.'siapa yang buka kedai hon dan brek di mesir ni,konfom cepat kaya',teringat kata2 seorang pelajar lama itu.rupanya di negara ini,pemandu2 tidak kira kereta atau motosikal sangat menekankan brek dan hon disebabkan mereka di sini terlalu ramai.memang suasana di negara ini jauh berbeza dengan malaysia.sampai sahaja di rumah sabah,kami di layan dengan sangat baik oleh pelajar2 lama di sini.banyak program yg telah dibuat oleh mereka untuk kami seperti SMS(orientasi untuk pelajar2 baru),rehlah di sekitar mesir dan banyak lagi.di sinilah bermulanya kehidupan baru bagi pelajar2 baru.kami sangat besyukur kerana kami terpilih untuk menjadi 'PERANTAU ILMU" di sini.doakan untuk kami semua.SËTÏÄP TÄHÜÑ,KÄMÏ BÄÏK2 SÄHÄJA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan