Selasa, 29 Disember 2009

Sabar + usaha + tawakkal







Sudah 5 hari pergi kuliah,tapi nama kami berlima(rais,azlan,sidik,rifai dan omar) belum lagi naik di Universiti Azhar Tanta.Teman2 di Kaherah dan di Tanta sudah pun naik.Nama kami sahaja yang belum naik.Mungkin ini disebabkan kerana kami minta ditahwilkan(dipindahkan) ke sini.
Ustaz Sabli(pegawai sabah di mesir) sudah pun kami hubungi dan dia suruh kami tunggu sahaja kerana nama kami dalam proses untuk dipindahkan kesini.sedikit risau terbitkan di hati kami.kerana ketika kami meminta ditahwilkan ke Tanta(sebulan yang lalu) ,Ustaz Sabli ada memberitahu kami tentang risikonya kalau kami minta untuk ditahwilkan ke sini.salah satunya,kalau nama kami tidak naik tahun ini mungkin tahun depan baru naik.maksudnya,tahun depan bru kami dapat naik tahun 1.Walaubagaimanapun,setelah bebincang antara kami berlima,akhirnya kami mengambil keputusan untuk belajar di Universiti Azhar Tanta.Bukan kerana apa,tapi kerana ingin belajar2 untuk tinggal di kampung(tempat tinggal kami adalah kawasan kampung)
Walaupun nama kami belum naik lagi,kami tetap buat persedian untuk peperiksaan yang akan tiba 3 minggu lagi.Mungkin semua ini ada hikmah disebaliknya.Wahai para perantau ilmu,doakan semoga ALLAH s.w.t akan memberikan kita yang terbaik di bumi anbiyah ini.AMIN.

1 ulasan:

  1. ar ranawee..

    Bukan senang mengajar ikan berenang.. hatta jelaga di lautan mc berteman.. bukan mudah bermada dengan mata pena..walhal bukan dengan hal yg sebenar.. namun , masih segar untuk menjadi pengisian bersama..

    BalasPadam